Pages

Monday, February 27, 2017

bertemu untuk berpisah

assalamualaikum, bismillah.

banyaknya benda nak cerita minggu ni, huu. tapi...hmm

alhamdulillah. 
untuk pertama kalinya kami dapat berliqa' usrah face to face, semalam.
i am so happy, sebab buat di rumah aku, Falah ni.
dari awal minggu, dah serabut fikir nak masak apa, nak jamu apa depa ni datang. haha excited sangat. lols

selama ni, (sebenarnya dah 4 tahun) selalu usrah online sebab murabbi jauh. tinggal di Dublin/Galway; 3 jam lebih perjalanan.

sungguh aku merindui liqa yang aku dapat tatap mata si pemberi tazkirah.
dapat fokus pada murabbi memberi taujih, melihat air muka, gerak badan & pandangan matanya.
dan dapat melihat gelagat usrahmates.

orang yang tak pernah usrah online takkan faham 'kerinduan' suasana pada liqa face to face.

'ala kulli haal, 
banyak nikmat yang disyukuri, ada juga liqa usrah meskipun online.
walaupun aku kurang suka pun usrah online ni, tidak ideal, kurang nilai 'tarbawi' hikhik, i can't afford to live without weekly usrah.

liqa usrah yang menambahkan ilmu, semangat, menghidupkan hati, memperbaiki amal. etc.

bukan nak kata perasaan aku pada setiap pertemuan usrah tu menaik je..,ingat malaikat ke? -..-
cuma daripada terlalu fokus pada expectation dan tujuan yang kita mahukan daripada usrah, aku belajar menikmati prosesnya. perjalanannya.

kerana sekecil-kecil mujahadah kita seperti :
penat habis oncall dari hospital kena ke usrah tak sempat dinner,
komited berusaha menambah hafalan quran/hadith setiap minggu,
ingatkan tugasan usrah saban minggu,
dah ngantuk sangat tapi ada banyak lagi benda nak qodhoya, 
menghormati pandangan usrahmates, 
menerima teguran murabbi,
saling sabar dengan usrahmates..

dan banyak lagi..
itulah proses-proses kecil yang membina seorang yang setia untuk ditarbiyah daripada Allah. alhamdulillah. 

banyak juga masa-masanya, 
aku malu nak qodhoya pasal diri dalam usrah, sebab alahai.. 
orang lain struggle rumahtangga, suami sakit, anak sakit, cari kerja, nak cari rumah sewa etc.
kita? balik-balik struggle study, takpun homesick. hahah

tapi tetap juga kadang terbuka dan berbagi, dan aku menghargai penghormatan pada setiap struggles sesama usrahmates
tak, usrah aku ni dah tak sweet (ye ke haha)
tapi aku selesa dan suka pada sikap lapang dadanya sisters membuka cerita, berkongsi masalah, kita cari solusi bersama. semua bertujuan untuk memperbaiki.
aku suka juga setiap perkongsian, luahan amal yang dimujahadahkan ; qiyam yang kebelakangan ini sukar dikerjakan, hafazan yang ingin tahu apa cara terbaik nak perbaikinya, apa tips mencuri masa dhuha di tengah aktiviti hospital dll.

okay, anyway taknak luah panjang tak habis kang..
selain daripada liqa semalam yang pertama face to face (& cukup corum), ia juga yang terakhir untuk k.aini. 

k.aini dah balik Malaysia for good hari ni sobs.

usrah semalam ; 2 Galweygians, 2 Dubliners, 3 Corkians. 3 medical students, 4 doctors. 
cubaan mengumpulkan semua tahun lepas di Dublin, tak juga kesampaian. k.ekin tak ada.
k.aini pun dah balik Malaysia hari ni,
sejauh mana aku tipu diri sendiri, aku sorok, aku sedih la weyy :(
bangun pagi serba tak kena.. kenapa semua orang nak tinggalkan saya. sampai hati :(

biasalah, orang yang ditinggalkan mesti lagi sedih dari yang meninggalkan. haha

tapi aku bukan orang yang celebrate goodbye. 
pada aku, kalau kita nak bersama, kita tetap akan bersama.
berpisah jarak, hanya jarak.
kita tetap ada doa dan ingatan. cehh.
Allah tetap akan menyatukan, jika tujuan kita sama.

dan meski berpisah hidup mati pun, aku tetap percaya,
kita tetap akan bersama dengan orang yang kita cintai di akhirat.

so tak ada istilah perpisahan dalam kamus hidup aku.

dan mencintai, tidak semestinya memiliki,
tidak selamanya didekati.
(ok aku patut stop acah-acah berfalsafah kat sini -.-)

k.aini usrahmates since aku 1st year, bertukar2 usrah tapi tak pernah terpisah.
the only usrahmates yang pernah datang, tidur rumah aku dekat Malaysia,
k.aini pernah jadi roommate aku masa 2nd year.
dalam banyak2 orang, kalau nak marah aku, nak tegur aku, 
k.aini adalah salah seorang yang aku tak terasa kalau dia tegur/marah. i just don't know why.. haha kena sihir lol
aku paling suka dengar k.aini baca quran, sebab lagunya sedap. hihi
pendengar setia, tak banyak cakap, biar amal yang berbicara.
sabar, tabah tak payah cakap lah. hewhew

paling terharu (sebenarnya ada banyak je lagi kot. tapi teringat ni je buat masa ni. haha)..:
k.aini datang rumah tengah malam lepas liqa usrah, 
sebab nak hantar pen aku tertinggal masa liqa usrah tadinya.

semata-mata nak hantar pen sebatang.
sebab k.aini tahu, i cannot live without my pen. 
huuuu, kalau pen aku yang jenis tu hilang, aku memang meroyan 
attachment apakah ini T__T

seperti permintaan akak,
don't worry, saya takkan rindu akak sangat.
akak tahu kan, i'm really good at pretending like i don't care when I really do??

Tahniah Dr Aini Natasha.
jaga diri dekat Malaysia,
jangan rindu saya. hikhik
kita jumpa lagi insyaAllah.
thank you for everything.
uhibbuki fillah :*

Tuesday, February 21, 2017

'Demikianlah. Hal itu mudah bagi-Ku'

assalamualaikum, bismillah.

minggu ni, aku dijadualkan untuk berada di labour ward. no specific time, as long as dapat completekan task at least ; tengok 3 c-section operation, dan 2 normal vaginal deliveries. 

bila ikut masa sukahati je rasa macam arghhh isnin pagi, malasnya nak pergi hospital. monday blues! huu

tapi aku memang teringat, sorang kawan Irish partner aku masa intern shadowing (masa tu style macam ni juga, datanglah hospital bila2pun asal task siap) dia pernah cakap ; ' saya prefer datang awal pagi, buat banyak kerja, productive, then by pukul 12 tengahari tu, dah banyak benda siap boleh  balik, daripada pukul 10 pagi baru nak bangun, makan sarapan.. baru nak pergi hospital.. tak dapat buat banyak benda..'

malunya, orang Irish ni lagi faham konsep keberkahan di waktu pagi. hoho
aku suka juga konsep berpagi-pagi, dan aku tak setuju pun konsep saya ni 'lebih productive malam' jenis kena stay up, 'jenis burung hantu' sebab aku rasa, itu tidak mengikut fitrah. dan meskipun kita selesa begitu, lifestyle kita kena dilatih untuk ikut apa yang memudahkan kita beribadah dan beramal menurut amalan islam & gaya hidup rasulullah (walaupun masih jauh!).

tidur lambat, susah bangun qiyam,
subuh lambat, lepas subuh tidur semula, 
definitely not a good practice.
sesekali sebab tertentu tak apa, tapi kalau jadi gaya hidup. hmmmm...

anyway, berbalik kepada malasnya aku nak pergi hospital hari ni aku gagahkanlah juga. huhu. aku target ; pukul 8 pagi aku sampai theatre, completekan 3 c-section deliveries by 12 tengahari aku nak balik rumah.

alhamdulillah, Allah mudahkan.

dalam pukul 8 aku sampai, baru nak orientate apa nak buat, introduce diri dekat staff etc.
pukul 9+ dapat scrub in, tengok 1 case, lebih kurang pkul 10 , ada emergency c-sec dekat operation sebelah, dan dalam pukul 11 dapat scrub in, tengok c-sec delivery of twins!! so instead of 3 babies targetnya dapat tengok 4. hehe alhamdulillah.

case 1 ; patient tu ada tak silap lebih 2 kali history of miscarriages. dan antara kandungan yang gugur tu, ada yang twins. sebelum operation patient look very anxious. huhu definitely, kelahiran kali ni sangat dinanti.

case 2 ; emergency c-sec. sebab baby IUGR, dan maternal heart rate tak stable. As compared to case 1, yang lebih relax, planned, tapi a bit complicated masa nak end the operation ; case 2 emergency ni memang cepat, patient pun sangat tak bermaya keadaannya. dan masa doctors jahit semula rahim + abdomen tak banyak sangat masalah, dan pendarahan pun tak banyak. 

ada yang mudah part ni, susah bab ni. dan sebaliknya.

case 3 : twins! dan itu adalah anak pertama (&kedua) pasangan tu. aku tak boleh nak describe betapa happynya muka bapa babies tu (tak nampak muka mak, sebab aku assist operation, so muka mak disebalik kain). senyum bapanya meleret, matanya bersinar & basah, siap time tu jugaklah dia excited, nak tangkap gambar, tangkap video, sibuk nak tanya yang mana satu besar, mana satu kecil, nak bagi nama apa yang mana satu. hehe. so much joy and happiness! hehe.

nikmat manakah yang kamu dustakan? sobs

sampai rumah usai solat zohor, aku sambung tilawah sikit. dan takdirnya aku menyambung surah Maryam. Allah, it's been so long tak rasa tadabbur yang sangat dekat dengan peristiwa seharian.

membaca muka surat pertama dan kedua sudah sungguh mengharukan.

apabila nabi Zakaria mengadukan pada Allah, dengan suara yang lembut, dan berkata ; 'sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku ..'

baginda khuwatir tidak mempunya zuriat untuk menyambung tugas dakwahnya, dan meminta Allah mengurniakan baginda seorang anak yang diredhaiNya.

lalu Allah memperkenankan permintaan baginda setelah sekian lama, tapi bagaimana mungkin? seems impossible! isteri nabi Zakaria seorang yang mandul, dan baginda sendiri sudah tua.

lalu Allah dengan kekuasaanNya berfirman ' Demikianlah. Hal itu mudah bagiKu '

Allahu.. pada sisi Allah tiada yang mustahil.

juga ayat serupa Allah ulangi pada kisah Maryam seterusnya ..

saat Maryam mengatakan setelah Jibril mengkhabarkan dia akan dikurniakan seorang anak lelaki yang suci. ' bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada orang lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina! '

'Demikianlah.  Hal itu mudah bagi-Ku'

Allahuakbar.
nikmat manakah yang ingin didustakan?
sungguh! pada kelahiran seorang manusia, terdapat tanda kebesaran Allah.

Alhamdulillah untuk hari ni ya Allah.

Friday, February 17, 2017

Valentine's dari theatre

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, another jumuah. 

3 hari yang lepas aku menghabiskan masa di operation theatre Bons, untuk gynaecology. 3 hari in a row, balik after solat asar/maghrib tertidur dengan telekung. it was tiring, but good alhamdulillah :)

aku selalu rasa ada partner yang best masa rotation adalah sangat penting/baik sorang-sorang(introvert crisis. hehe). aku suka je ada partner yang 'skema' yang semua benda nak belajar sepanjang masa dekat hospital tu. (haha, tapi rileks lah juga eh kalau nak break solat makan hehe) sebab previous rotation bila dapat partner graduate entry student (diorang ni matured student, dah ada degree), biasanya (yang aku pernah attach denganlah) mereka ni, jenis macam lepak2, macam tak 'skema' sangatlah. tak berapa suka attend banyak benda. ni in generallah. mungkin sebab diorang dah tahu, dah pandai.. haha

in contrast, aku ni suka nak belajar semua benda dekat hospital. balik rumah untuk rehat jelah (tapi dah tak boleh nak rehat sangatlah sekarang). dan tunaikan hak-hak lain. dah pergi hospital, buat betul2, camtulah aku rasa.

new rotation ni, i have no idea siapa pakcik partner aku ni. so takpelah, buat macam biasa.. hari pertama dia datang lambat, hampir 45 minit aku tunggu, sebab dia tertidur, tak sedar. hmm, okay tapi aku biasa jelah. sebab yeah, sometimes memang ada masa2nya kita tak terbangun. so maybe itu hari dia. die kept on saying sorry..rasa bersalah. tapi aku malaslah nak bother. i don't mind. (untuk kalau sekali. haha kalau berkali2 tu.. hmm fikir jap nak react apa lol)

so dari hari pertama, sampai semalam, dia so proud cerita pasal girlfriend dia. biasanya kami borak masa break coffee di pantry. Dia cerita dia bagi bunga, tunjuk gambar hadiah dia bagi, gambar anjing girlfriend dia. macam-macam lagi. aku pun layan jelah~ tanya bila plan nak kahwinn, blablabla.. okay. aku pun satu hal lupa; 14/2 tu Valentine's Day, patutlah beria sangat pakcik ni. I have no problem with that. huhu, sebab lain pegangan hidup (?) In a way, kagum jugaklah dengan dia ni, so obvious dia ni sayang gila girlfriend dia..

anyway, apart from him being soo attached, sooo clingy, soo in loved with his girlfriend; attitude dia sumpah aku tak pernah jumpa wujud lelaki macam ni. semua orang dalam theatre tu suka/senang dekat dia. aku cakap dekat dia, 'everyone is talking about you while you're doing your work' siap sorang nurse tu cakap dekat consultant ; ' can we keep him? haha'

sebab dia very polite, very well-mannered, very gentleman, dan rajin sangat. semua benda yang boleh ditolong dia akan tolong buat. Dah macam theatre assistant dah aku tengok. ambil troley, tukar plastic sampah, bukakan scrub, kutip sampah, lap tray. semua bendalah yang boleh. dan kalau ambil hx patient, dia sangat polite, kalau masa rehat akan bincang pasal apa yang kitorang tengah belajar. dan kalau aku tak tahu apa benda aku tanya je dia. semua soalan mostly dia tahu, dan dia jenis satu habuk pun tak kedekut ilmu. Dia juga yang akan 'cover'kan line kalau aku cakap aku nak break solat masa lunch, yang insist suruh aku bawak balik  biskut , bila aku kata aku puasa. heh

bila semalam, bila last patient, kami dah dapat signature dari consultant., patutnya boleh balik je la kan. dia tanya ' if you don't mind, can I just help them for the last time?' ' oh , sure' so kitorang stay sampai dah nak habis, sampai health assistant tanya dengan bergurau 'korang nak stay sini ke?' haha. balik tu bila staff nurse siap cakap 'you guys are the best medical student we ever met, we will miss you, you helped us even with small things'  bila Dr cakap, 'you guys are very good, all the best with your exam'

perasaan dia puas. dan boleh hilang penat.
walaupun aku rasa yang bagus sangat tu partner aku tu je sebenarnya LOL

membuatkan aku terfikir,
buat apa je sampai orang senang sangat ni?
setakat 3 hari dekat theatre tu impactful la pada sekeliling, kehadiran dia tu.
apa yang extra sangat?

walhal sepatutnya semua benda tu adalah yang patut kita buat as a good muslim. nothing special. just be kind, be a good human being.
although he is not a muslim, tapi aku belajar dengan melihat (setakat yang terlihat 3 hari dalam theatre & wards tu je lah. belakang cerita aku tak tahu), kesannya jika kita 'berakhlak, berperibadi muslim'

true muslim.
i wonder, macam manalah susuk seorang Rasulullah T__T
masyaAllah.
to be honest, jelous betul dengan dia, (in a good way la aku rasa. boleh kan jelous dengan orang yang lagi baik?) kita ni je selalu teragak-agak nak buat right things.
rasa malu sangat dengan peribadi macam ni.

nilah theatre dekat Bons tu 
oh ya, 3 hari dekat theatre , aku jumpa minat aku dalam operation theatre ni, segala instrument, teknik surgeon, adalah seni yang menghiburkan hati aku. surgeon cakap bila awak selalu scrub in, selalu assist operation, awak akan suka surgery. yeah, mungkin betul..hmm

it is unbelievable, dapat tengok pembedahan hysterectomy (buang rahim) melalui ketiga-tiga cara yang ada. (ikut turutan yang sepatutnya)

1) through vagina. ni literally aku geleng kepala. muat rupanya, nak buat pembedahan melalui bawah tu. huhu
2) laparoscopic. ni masukkan camera through small incision, dan guna alat macam robot lah buat pembedahan tu. tengok screen je
3) abdomen. ni, straight forward, belah je perut patient tu, potong rahim tu dan jahit.

dan aku dapat assist buang fibroid; besar buah tembikai susu. haha ada juga fibroid besar epal. hmmm macam-macam procedure lain lagi juga.

subhanaAllah. alhamdulillah. what an experience!
next week kita masuk labour ward pulak..

Tuesday, February 14, 2017

Rotation baru ; 2nd last rotation

assalamualaikum, bismillah.

'awak rasa , awak akan rindu Cork tak nanti?'
tiba-tiba Zack tanya.

' saya rasa ya, tapi saya akan cepat-cepat move on. hahahah.'

ego betul. dan, belum apa-apa, aku dah mula merasai akan merindui Cork, merindui suasana di Falah ni.. chop, don't worry about the future, marilah kita live the present, cherish the moment.

alhamdulillah hari ni, dan masuk rotation baru : Obstetric & Gynaecology. dan ni 2nd last rotation, sebelum yang terakhir nanti : Peadiatrics. then FINAL EXAM! fuhhh, dah terasa bahangnya. Intensenya. aku balik rumah dalam kepala petang tadi nak lari ke the lough.. tapi sejuk sangat hari ni. lari setempat jelah dalam bilik. heh

itu tandanya...
kalau nak tahu dah start stress atau tidak;

aku akan berlari, berjogging ke The Lough lebih kerap
membaca buku tambahan lebih kerap (?) escapism lol
dan menulis lebih banyak (tak semestinya bloglah. buku conteng, buku nota apa2 pun. ada2 je)
dan hikhik of course kena baca quran lebih banyak.

orang kata terapi minda. 
cewah ikutlah style masing2.
stress management penting kot. okay?

dan, semakin berkurang hari, akan semakin gelabah sebab, banyak betul benda nak study..

dan, aku sudah seminggu memulakan habit menulis journal study (moga istiqamahla , InsyaAllah); iaitu menulis topic apa dah revise, soalan past year mana dah jawab, nota subject apa yang dah buat pada hari tu. I found it very helpful.. looking back what have you done; makes you feel grateful that you are actually doing something. It is more satisfying than plan forward and gets depressed because most of the time your plan is too unrealistic. LOL.

tapi kena balance jugak lah, dengan realitynya memang banyak pun benda nak study. yeaaah, I do have loooong list of chapters to be covered.. hihi. tapi i found it more useful and enjoyable to count what i've gained every single day; sebab rasa i'm being more gentle and nice to myself! haha. (another stress management ke escapism ni :O)

melihat apa yang dah dibuat (read : muhasabah) aku harap aku akan improve jadi lebih baik dari hari ke sehari. dapat tahu nak improve dekat mana, apa yang silap dan kena perbaiki. I know myself, aku jenis tak boleh nak cram kan semua benda last minit. i just can't. stay up lagilah bukan aku :( i'm a slow learner, kena work hard, so hmm, kena slow-slow jugaklah pace dia. haha. tapi masalahnya, jangan nak slow sangat lah. bukan banyak masa ni huuu  

2 rotation last ni, totally dunia baru; OnG dan Paeds.
tapi tak boleh tinggalkan Surgery dan Medicine, sebab tu core subject.
moga Allah mudahkan..

orang tanya case apa dapat masa geri. ni ha : 85 years old man came in due to fall secondary to sudden left hip pain (shooting pain, 9/10 severity) radiates to the neck + bilateral tingling and numbness of upper limb + bilateral swollen leg. positive findings on examination; brisk reflex at all limbs + aortic stenosis + bilateral wrist pain + duputyren contracture. Power, tone, sensation, coordination are all normal. then aku kena buat cardio & hand examination depat examiner.

apa diagnosis dia? entahlah labuuu, aku pun tak tahu. 

dan long case surgery aku : Post Left mastectomy + latissimus dorsi flap. straight forward. tapi tak berapa nak straight forward sangat lah untuk aku. haha

anyway,
doakan untuk aku dan kawan-kawan.

sudah, it's time to sleep,
esok 730 a.m!

Friday, February 10, 2017

bila yang bisu nak bersuara..

assalamualaikum, bismillah.

Saja tegur nurse, tanya boleh tak nak tengok apa dia buat dengan patient.

Sebab selalu ambik hx je dan buat exam,
Pastu nak handle patient tak berapa nak tahu.
Apa alat dia guna, praktikalitinya etc tak tahu sangat.

kelmarin, masa present history, Dr kata kalau tak tahu apa-apa tanya nurse.
K.dayah pun pesan, apa2 tanya nurse.

‘Of course you can, but he’s deaf and mute’
‘But we communicate with him trough writing’

‘Oh that’s okay, i just wanna see what you are doing with him’

Tapi tak proper rasanya kalau tak introduce diri dekat patient.
Tapi; masa tu patient tengah duk sibuk menulis

Aku pun tulis dalam buku nota

‘Hi Ali, (bukan nama sebenar)
I am a medical student.
Can I join the nurse to see and learn
What she is doing with you?’

Dia angguk. Lepas tu sambung tulis.

Dia tunjuk buku dia pada aku

‘Is my sister Sarah (bukan nama sebenar) calling to see me today?’

‘I’m sorry, I don’t know’

Dia tak puas hati. Tunjuk lagi buku dia. Huhu

‘I will ask the nurse okay?’ -aku tulis
Dia angguk.
Lepas tu dia tunjuk lagi buku dia.

‘Do you want to see her?’
Aku tulis, dia baca.
Angguk.

Dia tulis dekat buku aku

‘Sarah ring’
Dua patah

‘Today’
Satu.

Tanpa suara.

Nanti dia ulang lagi tanya
‘Is my sister calling to see me today’

Lepas tu dia nak makan biskut, minta tolong bukakan plastic.
Minta tolong passkan air, dia nak minum.

Nanti ulang lagi tanya.

‘Thank you Ali,
Nice to meet you’

Dia baca.
Dia senyum dan angguk.
That smile. Touch my heart.

itu cerita semalam. told ya, geri rotation ni.. memang emotional haha
hari ni sebelum balik, aku singgah ward sebab nak pass my assesment form dekat doctor.

and he was there. sitting on the chair.
opposite the nurse counter.

dia tengok aku. aku tak perasan mulanya.
dia tengok lagi.

aku cuma, mengangguk, mengangkat tangan, senyum dan beredar.

i'm so sorry.

entah apa aku rasa.

benda aku tak suka masa geri rotation bila kena time myself.
i hate it. bila doktor suruh practice, ambil history and exam dalam masa 40 minit.

cuba bayangkan kalau dia tak ingat pun kenapa dia dekat hospital,
tu pun dah 20 minit. haha

kadang2 rasa inhumane. 
dan i was in trouble masa long case exam tadi.
banyak benda nak tanya, banyak benda nak examine.
dan pakcik banyk juga bercerita.

lagi? lagi? i wish i can hear you a bit longer
tapi masa T___T

banyak benda pakcik tu nak cerita, 
tapi kadang tu aku 'terpaksa' potong.
dan dia macam kecewa..
i feel bad, i'm so sorry.

aku rasa tulah konflik yang besar. tough..

'treat the patient as a whole, not a hole of patient'

*  *  *  *  *

'ala kulli haal, alhamdulillah long case Geri dah habis.. kuarantin FB pun dah habis. lol. maka berakhirlah ke 3-3 exam long case aku. habis Geri long case tadi, aku rasa lebih lega. bukan sebab aku rasa aku perform, banyak sangat benda yang kena improve tapi sebab aku benci experience aku lepas long case surgery meroyan tak sudah. lol. asyik rasa i could do better.. macam tak pernah belajar konsep tawakkal dan redha je -.-

so kali ni, whatever it is alhamdulillah it's done. you've done your best let Allah do the rest. memanglah still ada perasaan, i could do better, tahpahape lah aku buat tadi, tapi dah sudah tu sudahla.. *pujukdirisendiri* lol. 

hidup ni panjang lagi, banyak lagi urusan, banyak lagi 'exam'. apa2 yang Allah takdirkan pasti yang terbaik.alhamdulillah. 

Thursday, February 9, 2017

ayah & keraguan puterinya

assalamualaikum, bismillah 

Ayah.
Lelaki itu sahajalah,
yang selama ini setia
Mencintai puteri-puterinya tanpa syarat, tanpa penat
Mendengar rungutan, keluh kesah, kerisauan dibenak puterinya
Beliau jugalah yang tetap teguh;
Meraikan kegembiraan, menyambut kecewa dan merawat duka puterinya

Memenuhi sesuku abad usia dirinya..

Sejelek apapun puterinya,
Tidak pernah dihina.
Dilayan sebaik mungkin
Ditatang sepenuh perhatian
Didokong semua cita dan impian.

amanah makan-pakai-tempat tinggal-keamananan-kesihatan-
Disediakan, dijaga serapi mungkin
Sederhana, tapi sempurna.

Marahnya jarang sekali
tinggi suara juga jauh sekali.

Tutur katanya lembut,
Bahasanya teratur.

beliau; terlihat kecewa, dengan sesungguhnya
Bila ada lelaki tidak menghormatinya sebagai wali
terhadap anak-anak gadisnya

Beliau; terlihat marah,
Jika anak perempuannya tidak menjaga adab, akhlak dan tatasusila-
Tidak memelihara maruah seorang wanita muslimah

Dan puterimu menyaksikan itu berkali-kali.

Meski puterimu bukan jugalah yang sempurna
Tapi usahamu mendidik tanpa asa.

Ayah,
Cubalah katakan sekarang..

Haruskah anak gadismu tidak ragu,
Jika wajib nantinya mentaati seseorang yang ternyata tidak sebaik dirimu?
Yang tetap dengan lemah lembut dan sabarnya mendidik anak gadismu

Katakanlah ayah..
Haruskah tidak puterimu ini ragu,
Saat masanya perlu menerima kehadiran insan;
yang sesungguhnya tidak ia kenali dari segenap segi
Tapi kewajipannya nanti;
memuliakan dirinya,,menyanjungnya, menyokongnya
- yang asing; melebihi segalanya.
Hatta melebihi dirimu juga, wahai ayah..

Bagaimana ini ayahandaku?
Sekiranya kemerdekaan yang kau bimbingi selama ini
Menjadi penjara yang puterimu bimbangi nanti

Kerana dirimulah, anak gadismu ini ragu.

Dengan seteduh cintamu ayah,
Sepanjang nafasmu, seikhlas hatimu
selimutilah keraguan puterimu..hilangkan piluku.

Library Cork University hospital
8/2/17, 5p.m

# told ya, geri rotation- emosi berombak.

Tuesday, February 7, 2017

kelegaan dan kerinduan

Assalamualaikum, bismillah.

Saat aku menulis ni, jam 4p.m, masih di library, singgah lepas balik hospital sebab tak dapat renew buku yang dipinjam online. Pelik betul. Sebenarnya nak balik terus sebab mood ‘mendung’ ikut cuaca lol. Hmm. Hari ni, sangat basah. Literally lenjun. Irish weather is back huu

Pagi tadi aku dah cuba bersiap awal, spare 40 mins untuk jalan ke hospital. kalau 30 minutes biasanya akan lambatlah sampai Mercy Hospital tu. usai sarapan, hujan pulak. Nooooo, aku taknak kebasahan sampai hospital. sebab 40 mins jalan confirm basah! Request taxi, lagi lambat. Sudahnya ah, redah sajalah. Meroyan sekejap, sebab sport shoe tinggal dekat locker room. Alamatnya kasut memang basah. Bawak stokin spare, tapi err tak membantu sangat sebab kasut memang basah.

Itu satu perkara,
On the other side, the good thing is dah hantar final report FYP. alhamdulillah.
Leganya huhuhu.  Hilang segala penat lelah 2 tahun buat benda tu. airmata pun dah keluarlah. tapi memang banyaklah Allah ajar. huu Aku tahu aku boleh buat lebih baik lagi untuk report tu, tapi ada sampai satu tahap tu rasa macam nak get rid of it je. Astaghfirullah.

Tapi ada satu lagi benda tak habis lagi rupanya FYP ni
InsyaAllah akan present (poster je) research aku di Univerity of Limerick, 3rd March nanti.

sebenarnya tak beria pun bila dapat emel abstract aku diterima.
Sebab, aku sebenarnya dah sengaja hantar lambat dari duedate submission, sebab malas nak fikir kalau diterima pulak nanti. (nampak tak betapa tak naknya tu -..-)
Hantar juga sebab nak please supervisor (astaghfirullah), nanti dia tanya nak jawab apa.
Aku pun taknak juga jadi student derhaka. Lol

Bila dapat emel tu, rasa hmm sapa nak prepare pulak ni.  
Dahlah nak dekat final exam. (banyaaaaaak lagi tak study T_T)
Kalau Tim tak offer nak tolong buat poster, mungkin jawabnya aku akan abaikan je meeting tu, buat-buat tak tahu.
Kalau housemates tak selalu tanya pasal fyp ni mungkin entah kemana.
Kalau Munqiza danTira tak tolong collectkan data, review my lit review dan report, mesti dah ke laut.

Banyak sebenarnya bukti kita ni kalau sendirian tak jadi apa-apa. Huu
dan bersusah dahululah, senang , lega kemudian. Alhamdulillah.

* * * * * * * *

Semalam, call abi,

Abi kata minggu ni semua balik rumah. Wafda, Aminah, Husna. Gembira betul suara. O-kay.
Lepas tu abi pun cepat tukar topik (nanti aku sayu pulak aku je tak balik. haha) ;

tanya macammana jaulah aku?
Apa abi ni, bukan jaulah. Orang kata pergi daurah, dan tu minggu lepaslaa. Haha
It was good, alhamdulillah.

Dan, kalau orang tanya sekarang akan teruskan apply kerja sini tak?
(sebelum ni, ya. Beria nak score supaya boleh dapat kerja. Kesian betul)
Jawapan aku sekarang dengan yakinnya; ‘Tak’

Kalau doctors/patients tanya dekat hospital apply kerja sini tak lepas qualified?
Jawapan aku ‘i wanna go home’

Cepat betul hati berubah.
Dalam banyak-banyak sebab yang ada, sebab ini sangat kuat pada hati;

Balik winter hari tu, sayu tengok rumah dah ‘kosong’, umiabi pun dah menginjak usia..
Bila umi mesej ayat ala-ala ; ‘ banyak baju je dekat rumah, orang pun dah takda’..
Bila saja plan dengan abiumi haritu balik nanti nak beli kereta, mudah sikit nak bergerak,
tiba-tiba beberapa hari lepas tu; umi tunjuk car brochure, suruh pilih kaler apa nak, sebab umi dah bayarkan dan akan bayarkan sementara aku dapat kerja.

T_T
Aku dah tahu, aku kena balik.

Bila kita tak tahan ‘lelahnya’ dan sesaknya di tempat orang, kita rindu kampung halaman.
Bila kita tahu di tempat orang, tak sebahagia di kampung halaman,

Kalau begitu,, ayuh pulanglah..

(Aku pun nak balik rumah ni, lapar wey. haha)