Pages

Monday, February 27, 2017

bertemu untuk berpisah

assalamualaikum, bismillah.

banyaknya benda nak cerita minggu ni, huu. tapi...hmm

alhamdulillah. 
untuk pertama kalinya kami dapat berliqa' usrah face to face, semalam.
i am so happy, sebab buat di rumah aku, Falah ni.
dari awal minggu, dah serabut fikir nak masak apa, nak jamu apa depa ni datang. haha excited sangat. lols

selama ni, (sebenarnya dah 4 tahun) selalu usrah online sebab murabbi jauh. tinggal di Dublin/Galway; 3 jam lebih perjalanan.

sungguh aku merindui liqa yang aku dapat tatap mata si pemberi tazkirah.
dapat fokus pada murabbi memberi taujih, melihat air muka, gerak badan & pandangan matanya.
dan dapat melihat gelagat usrahmates.

orang yang tak pernah usrah online takkan faham 'kerinduan' suasana pada liqa face to face.

'ala kulli haal, 
banyak nikmat yang disyukuri, ada juga liqa usrah meskipun online.
walaupun aku kurang suka pun usrah online ni, tidak ideal, kurang nilai 'tarbawi' hikhik, i can't afford to live without weekly usrah.

liqa usrah yang menambahkan ilmu, semangat, menghidupkan hati, memperbaiki amal. etc.

bukan nak kata perasaan aku pada setiap pertemuan usrah tu menaik je..,ingat malaikat ke? -..-
cuma daripada terlalu fokus pada expectation dan tujuan yang kita mahukan daripada usrah, aku belajar menikmati prosesnya. perjalanannya.

kerana sekecil-kecil mujahadah kita seperti :
penat habis oncall dari hospital kena ke usrah tak sempat dinner,
komited berusaha menambah hafalan quran/hadith setiap minggu,
ingatkan tugasan usrah saban minggu,
dah ngantuk sangat tapi ada banyak lagi benda nak qodhoya, 
menghormati pandangan usrahmates, 
menerima teguran murabbi,
saling sabar dengan usrahmates..

dan banyak lagi..
itulah proses-proses kecil yang membina seorang yang setia untuk ditarbiyah daripada Allah. alhamdulillah. 

banyak juga masa-masanya, 
aku malu nak qodhoya pasal diri dalam usrah, sebab alahai.. 
orang lain struggle rumahtangga, suami sakit, anak sakit, cari kerja, nak cari rumah sewa etc.
kita? balik-balik struggle study, takpun homesick. hahah

tapi tetap juga kadang terbuka dan berbagi, dan aku menghargai penghormatan pada setiap struggles sesama usrahmates
tak, usrah aku ni dah tak sweet (ye ke haha)
tapi aku selesa dan suka pada sikap lapang dadanya sisters membuka cerita, berkongsi masalah, kita cari solusi bersama. semua bertujuan untuk memperbaiki.
aku suka juga setiap perkongsian, luahan amal yang dimujahadahkan ; qiyam yang kebelakangan ini sukar dikerjakan, hafazan yang ingin tahu apa cara terbaik nak perbaikinya, apa tips mencuri masa dhuha di tengah aktiviti hospital dll.

okay, anyway taknak luah panjang tak habis kang..
selain daripada liqa semalam yang pertama face to face (& cukup corum), ia juga yang terakhir untuk k.aini. 

k.aini dah balik Malaysia for good hari ni sobs.

usrah semalam ; 2 Galweygians, 2 Dubliners, 3 Corkians. 3 medical students, 4 doctors. 
cubaan mengumpulkan semua tahun lepas di Dublin, tak juga kesampaian. k.ekin tak ada.
k.aini pun dah balik Malaysia hari ni,
sejauh mana aku tipu diri sendiri, aku sorok, aku sedih la weyy :(
bangun pagi serba tak kena.. kenapa semua orang nak tinggalkan saya. sampai hati :(

biasalah, orang yang ditinggalkan mesti lagi sedih dari yang meninggalkan. haha

tapi aku bukan orang yang celebrate goodbye. 
pada aku, kalau kita nak bersama, kita tetap akan bersama.
berpisah jarak, hanya jarak.
kita tetap ada doa dan ingatan. cehh.
Allah tetap akan menyatukan, jika tujuan kita sama.

dan meski berpisah hidup mati pun, aku tetap percaya,
kita tetap akan bersama dengan orang yang kita cintai di akhirat.

so tak ada istilah perpisahan dalam kamus hidup aku.

dan mencintai, tidak semestinya memiliki,
tidak selamanya didekati.
(ok aku patut stop acah-acah berfalsafah kat sini -.-)

k.aini usrahmates since aku 1st year, bertukar2 usrah tapi tak pernah terpisah.
the only usrahmates yang pernah datang, tidur rumah aku dekat Malaysia,
k.aini pernah jadi roommate aku masa 2nd year.
dalam banyak2 orang, kalau nak marah aku, nak tegur aku, 
k.aini adalah salah seorang yang aku tak terasa kalau dia tegur/marah. i just don't know why.. haha kena sihir lol
aku paling suka dengar k.aini baca quran, sebab lagunya sedap. hihi
pendengar setia, tak banyak cakap, biar amal yang berbicara.
sabar, tabah tak payah cakap lah. hewhew

paling terharu (sebenarnya ada banyak je lagi kot. tapi teringat ni je buat masa ni. haha)..:
k.aini datang rumah tengah malam lepas liqa usrah, 
sebab nak hantar pen aku tertinggal masa liqa usrah tadinya.

semata-mata nak hantar pen sebatang.
sebab k.aini tahu, i cannot live without my pen. 
huuuu, kalau pen aku yang jenis tu hilang, aku memang meroyan 
attachment apakah ini T__T

seperti permintaan akak,
don't worry, saya takkan rindu akak sangat.
akak tahu kan, i'm really good at pretending like i don't care when I really do??

Tahniah Dr Aini Natasha.
jaga diri dekat Malaysia,
jangan rindu saya. hikhik
kita jumpa lagi insyaAllah.
thank you for everything.
uhibbuki fillah :*

No comments: