Pages

Tuesday, February 21, 2017

'Demikianlah. Hal itu mudah bagi-Ku'

assalamualaikum, bismillah.

minggu ni, aku dijadualkan untuk berada di labour ward. no specific time, as long as dapat completekan task at least ; tengok 3 c-section operation, dan 2 normal vaginal deliveries. 

bila ikut masa sukahati je rasa macam arghhh isnin pagi, malasnya nak pergi hospital. monday blues! huu

tapi aku memang teringat, sorang kawan Irish partner aku masa intern shadowing (masa tu style macam ni juga, datanglah hospital bila2pun asal task siap) dia pernah cakap ; ' saya prefer datang awal pagi, buat banyak kerja, productive, then by pukul 12 tengahari tu, dah banyak benda siap boleh  balik, daripada pukul 10 pagi baru nak bangun, makan sarapan.. baru nak pergi hospital.. tak dapat buat banyak benda..'

malunya, orang Irish ni lagi faham konsep keberkahan di waktu pagi. hoho
aku suka juga konsep berpagi-pagi, dan aku tak setuju pun konsep saya ni 'lebih productive malam' jenis kena stay up, 'jenis burung hantu' sebab aku rasa, itu tidak mengikut fitrah. dan meskipun kita selesa begitu, lifestyle kita kena dilatih untuk ikut apa yang memudahkan kita beribadah dan beramal menurut amalan islam & gaya hidup rasulullah (walaupun masih jauh!).

tidur lambat, susah bangun qiyam,
subuh lambat, lepas subuh tidur semula, 
definitely not a good practice.
sesekali sebab tertentu tak apa, tapi kalau jadi gaya hidup. hmmmm...

anyway, berbalik kepada malasnya aku nak pergi hospital hari ni aku gagahkanlah juga. huhu. aku target ; pukul 8 pagi aku sampai theatre, completekan 3 c-section deliveries by 12 tengahari aku nak balik rumah.

alhamdulillah, Allah mudahkan.

dalam pukul 8 aku sampai, baru nak orientate apa nak buat, introduce diri dekat staff etc.
pukul 9+ dapat scrub in, tengok 1 case, lebih kurang pkul 10 , ada emergency c-sec dekat operation sebelah, dan dalam pukul 11 dapat scrub in, tengok c-sec delivery of twins!! so instead of 3 babies targetnya dapat tengok 4. hehe alhamdulillah.

case 1 ; patient tu ada tak silap lebih 2 kali history of miscarriages. dan antara kandungan yang gugur tu, ada yang twins. sebelum operation patient look very anxious. huhu definitely, kelahiran kali ni sangat dinanti.

case 2 ; emergency c-sec. sebab baby IUGR, dan maternal heart rate tak stable. As compared to case 1, yang lebih relax, planned, tapi a bit complicated masa nak end the operation ; case 2 emergency ni memang cepat, patient pun sangat tak bermaya keadaannya. dan masa doctors jahit semula rahim + abdomen tak banyak sangat masalah, dan pendarahan pun tak banyak. 

ada yang mudah part ni, susah bab ni. dan sebaliknya.

case 3 : twins! dan itu adalah anak pertama (&kedua) pasangan tu. aku tak boleh nak describe betapa happynya muka bapa babies tu (tak nampak muka mak, sebab aku assist operation, so muka mak disebalik kain). senyum bapanya meleret, matanya bersinar & basah, siap time tu jugaklah dia excited, nak tangkap gambar, tangkap video, sibuk nak tanya yang mana satu besar, mana satu kecil, nak bagi nama apa yang mana satu. hehe. so much joy and happiness! hehe.

nikmat manakah yang kamu dustakan? sobs

sampai rumah usai solat zohor, aku sambung tilawah sikit. dan takdirnya aku menyambung surah Maryam. Allah, it's been so long tak rasa tadabbur yang sangat dekat dengan peristiwa seharian.

membaca muka surat pertama dan kedua sudah sungguh mengharukan.

apabila nabi Zakaria mengadukan pada Allah, dengan suara yang lembut, dan berkata ; 'sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku ..'

baginda khuwatir tidak mempunya zuriat untuk menyambung tugas dakwahnya, dan meminta Allah mengurniakan baginda seorang anak yang diredhaiNya.

lalu Allah memperkenankan permintaan baginda setelah sekian lama, tapi bagaimana mungkin? seems impossible! isteri nabi Zakaria seorang yang mandul, dan baginda sendiri sudah tua.

lalu Allah dengan kekuasaanNya berfirman ' Demikianlah. Hal itu mudah bagiKu '

Allahu.. pada sisi Allah tiada yang mustahil.

juga ayat serupa Allah ulangi pada kisah Maryam seterusnya ..

saat Maryam mengatakan setelah Jibril mengkhabarkan dia akan dikurniakan seorang anak lelaki yang suci. ' bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada orang lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina! '

'Demikianlah.  Hal itu mudah bagi-Ku'

Allahuakbar.
nikmat manakah yang ingin didustakan?
sungguh! pada kelahiran seorang manusia, terdapat tanda kebesaran Allah.

Alhamdulillah untuk hari ni ya Allah.

No comments: