Pages

Tuesday, February 7, 2017

kelegaan dan kerinduan

Assalamualaikum, bismillah.

Saat aku menulis ni, jam 4p.m, masih di library, singgah lepas balik hospital sebab tak dapat renew buku yang dipinjam online. Pelik betul. Sebenarnya nak balik terus sebab mood ‘mendung’ ikut cuaca lol. Hmm. Hari ni, sangat basah. Literally lenjun. Irish weather is back huu

Pagi tadi aku dah cuba bersiap awal, spare 40 mins untuk jalan ke hospital. kalau 30 minutes biasanya akan lambatlah sampai Mercy Hospital tu. usai sarapan, hujan pulak. Nooooo, aku taknak kebasahan sampai hospital. sebab 40 mins jalan confirm basah! Request taxi, lagi lambat. Sudahnya ah, redah sajalah. Meroyan sekejap, sebab sport shoe tinggal dekat locker room. Alamatnya kasut memang basah. Bawak stokin spare, tapi err tak membantu sangat sebab kasut memang basah.

Itu satu perkara,
On the other side, the good thing is dah hantar final report FYP. alhamdulillah.
Leganya huhuhu.  Hilang segala penat lelah 2 tahun buat benda tu. airmata pun dah keluarlah. tapi memang banyaklah Allah ajar. huu Aku tahu aku boleh buat lebih baik lagi untuk report tu, tapi ada sampai satu tahap tu rasa macam nak get rid of it je. Astaghfirullah.

Tapi ada satu lagi benda tak habis lagi rupanya FYP ni
InsyaAllah akan present (poster je) research aku di Univerity of Limerick, 3rd March nanti.

sebenarnya tak beria pun bila dapat emel abstract aku diterima.
Sebab, aku sebenarnya dah sengaja hantar lambat dari duedate submission, sebab malas nak fikir kalau diterima pulak nanti. (nampak tak betapa tak naknya tu -..-)
Hantar juga sebab nak please supervisor (astaghfirullah), nanti dia tanya nak jawab apa.
Aku pun taknak juga jadi student derhaka. Lol

Bila dapat emel tu, rasa hmm sapa nak prepare pulak ni.  
Dahlah nak dekat final exam. (banyaaaaaak lagi tak study T_T)
Kalau Tim tak offer nak tolong buat poster, mungkin jawabnya aku akan abaikan je meeting tu, buat-buat tak tahu.
Kalau housemates tak selalu tanya pasal fyp ni mungkin entah kemana.
Kalau Munqiza danTira tak tolong collectkan data, review my lit review dan report, mesti dah ke laut.

Banyak sebenarnya bukti kita ni kalau sendirian tak jadi apa-apa. Huu
dan bersusah dahululah, senang , lega kemudian. Alhamdulillah.

* * * * * * * *

Semalam, call abi,

Abi kata minggu ni semua balik rumah. Wafda, Aminah, Husna. Gembira betul suara. O-kay.
Lepas tu abi pun cepat tukar topik (nanti aku sayu pulak aku je tak balik. haha) ;

tanya macammana jaulah aku?
Apa abi ni, bukan jaulah. Orang kata pergi daurah, dan tu minggu lepaslaa. Haha
It was good, alhamdulillah.

Dan, kalau orang tanya sekarang akan teruskan apply kerja sini tak?
(sebelum ni, ya. Beria nak score supaya boleh dapat kerja. Kesian betul)
Jawapan aku sekarang dengan yakinnya; ‘Tak’

Kalau doctors/patients tanya dekat hospital apply kerja sini tak lepas qualified?
Jawapan aku ‘i wanna go home’

Cepat betul hati berubah.
Dalam banyak-banyak sebab yang ada, sebab ini sangat kuat pada hati;

Balik winter hari tu, sayu tengok rumah dah ‘kosong’, umiabi pun dah menginjak usia..
Bila umi mesej ayat ala-ala ; ‘ banyak baju je dekat rumah, orang pun dah takda’..
Bila saja plan dengan abiumi haritu balik nanti nak beli kereta, mudah sikit nak bergerak,
tiba-tiba beberapa hari lepas tu; umi tunjuk car brochure, suruh pilih kaler apa nak, sebab umi dah bayarkan dan akan bayarkan sementara aku dapat kerja.

T_T
Aku dah tahu, aku kena balik.

Bila kita tak tahan ‘lelahnya’ dan sesaknya di tempat orang, kita rindu kampung halaman.
Bila kita tahu di tempat orang, tak sebahagia di kampung halaman,

Kalau begitu,, ayuh pulanglah..

(Aku pun nak balik rumah ni, lapar wey. haha)

No comments: