Pages

Friday, February 17, 2017

Valentine's dari theatre

assalamualaikum, bismillah.

alhamdulillah, another jumuah. 

3 hari yang lepas aku menghabiskan masa di operation theatre Bons, untuk gynaecology. 3 hari in a row, balik after solat asar/maghrib tertidur dengan telekung. it was tiring, but good alhamdulillah :)

aku selalu rasa ada partner yang best masa rotation adalah sangat penting/baik sorang-sorang(introvert crisis. hehe). aku suka je ada partner yang 'skema' yang semua benda nak belajar sepanjang masa dekat hospital tu. (haha, tapi rileks lah juga eh kalau nak break solat makan hehe) sebab previous rotation bila dapat partner graduate entry student (diorang ni matured student, dah ada degree), biasanya (yang aku pernah attach denganlah) mereka ni, jenis macam lepak2, macam tak 'skema' sangatlah. tak berapa suka attend banyak benda. ni in generallah. mungkin sebab diorang dah tahu, dah pandai.. haha

in contrast, aku ni suka nak belajar semua benda dekat hospital. balik rumah untuk rehat jelah (tapi dah tak boleh nak rehat sangatlah sekarang). dan tunaikan hak-hak lain. dah pergi hospital, buat betul2, camtulah aku rasa.

new rotation ni, i have no idea siapa pakcik partner aku ni. so takpelah, buat macam biasa.. hari pertama dia datang lambat, hampir 45 minit aku tunggu, sebab dia tertidur, tak sedar. hmm, okay tapi aku biasa jelah. sebab yeah, sometimes memang ada masa2nya kita tak terbangun. so maybe itu hari dia. die kept on saying sorry..rasa bersalah. tapi aku malaslah nak bother. i don't mind. (untuk kalau sekali. haha kalau berkali2 tu.. hmm fikir jap nak react apa lol)

so dari hari pertama, sampai semalam, dia so proud cerita pasal girlfriend dia. biasanya kami borak masa break coffee di pantry. Dia cerita dia bagi bunga, tunjuk gambar hadiah dia bagi, gambar anjing girlfriend dia. macam-macam lagi. aku pun layan jelah~ tanya bila plan nak kahwinn, blablabla.. okay. aku pun satu hal lupa; 14/2 tu Valentine's Day, patutlah beria sangat pakcik ni. I have no problem with that. huhu, sebab lain pegangan hidup (?) In a way, kagum jugaklah dengan dia ni, so obvious dia ni sayang gila girlfriend dia..

anyway, apart from him being soo attached, sooo clingy, soo in loved with his girlfriend; attitude dia sumpah aku tak pernah jumpa wujud lelaki macam ni. semua orang dalam theatre tu suka/senang dekat dia. aku cakap dekat dia, 'everyone is talking about you while you're doing your work' siap sorang nurse tu cakap dekat consultant ; ' can we keep him? haha'

sebab dia very polite, very well-mannered, very gentleman, dan rajin sangat. semua benda yang boleh ditolong dia akan tolong buat. Dah macam theatre assistant dah aku tengok. ambil troley, tukar plastic sampah, bukakan scrub, kutip sampah, lap tray. semua bendalah yang boleh. dan kalau ambil hx patient, dia sangat polite, kalau masa rehat akan bincang pasal apa yang kitorang tengah belajar. dan kalau aku tak tahu apa benda aku tanya je dia. semua soalan mostly dia tahu, dan dia jenis satu habuk pun tak kedekut ilmu. Dia juga yang akan 'cover'kan line kalau aku cakap aku nak break solat masa lunch, yang insist suruh aku bawak balik  biskut , bila aku kata aku puasa. heh

bila semalam, bila last patient, kami dah dapat signature dari consultant., patutnya boleh balik je la kan. dia tanya ' if you don't mind, can I just help them for the last time?' ' oh , sure' so kitorang stay sampai dah nak habis, sampai health assistant tanya dengan bergurau 'korang nak stay sini ke?' haha. balik tu bila staff nurse siap cakap 'you guys are the best medical student we ever met, we will miss you, you helped us even with small things'  bila Dr cakap, 'you guys are very good, all the best with your exam'

perasaan dia puas. dan boleh hilang penat.
walaupun aku rasa yang bagus sangat tu partner aku tu je sebenarnya LOL

membuatkan aku terfikir,
buat apa je sampai orang senang sangat ni?
setakat 3 hari dekat theatre tu impactful la pada sekeliling, kehadiran dia tu.
apa yang extra sangat?

walhal sepatutnya semua benda tu adalah yang patut kita buat as a good muslim. nothing special. just be kind, be a good human being.
although he is not a muslim, tapi aku belajar dengan melihat (setakat yang terlihat 3 hari dalam theatre & wards tu je lah. belakang cerita aku tak tahu), kesannya jika kita 'berakhlak, berperibadi muslim'

true muslim.
i wonder, macam manalah susuk seorang Rasulullah T__T
masyaAllah.
to be honest, jelous betul dengan dia, (in a good way la aku rasa. boleh kan jelous dengan orang yang lagi baik?) kita ni je selalu teragak-agak nak buat right things.
rasa malu sangat dengan peribadi macam ni.

nilah theatre dekat Bons tu 
oh ya, 3 hari dekat theatre , aku jumpa minat aku dalam operation theatre ni, segala instrument, teknik surgeon, adalah seni yang menghiburkan hati aku. surgeon cakap bila awak selalu scrub in, selalu assist operation, awak akan suka surgery. yeah, mungkin betul..hmm

it is unbelievable, dapat tengok pembedahan hysterectomy (buang rahim) melalui ketiga-tiga cara yang ada. (ikut turutan yang sepatutnya)

1) through vagina. ni literally aku geleng kepala. muat rupanya, nak buat pembedahan melalui bawah tu. huhu
2) laparoscopic. ni masukkan camera through small incision, dan guna alat macam robot lah buat pembedahan tu. tengok screen je
3) abdomen. ni, straight forward, belah je perut patient tu, potong rahim tu dan jahit.

dan aku dapat assist buang fibroid; besar buah tembikai susu. haha ada juga fibroid besar epal. hmmm macam-macam procedure lain lagi juga.

subhanaAllah. alhamdulillah. what an experience!
next week kita masuk labour ward pulak..

No comments: