Pages

Sunday, April 2, 2017

DnT, medik, menulis...

Assalamualaikum, bismillah.

pernahkah dengar, atau baca...

senaraikan sehingga 25++ minat/obsesi kita dalam hidup ini

fokus pada 3-5 senarai teratas.
dan padam list yang bawah 

the rest are just distractions.

(agree. but agree to disagree..)

I've been doing this for so many times..
dan, it helps me a lot to focus.
focus, and readjust my aims in this life.
macam kita pakai spec, kejap2 berasap, kejap basah terpercik air ; laplah semula. (valid ke analogi ni? hmm)

as much as I want and love to be an all-rounded person, I do admit I've lots of limitations. in fact, we all have our own limitations. no one can do everything! 

my top priority (1): always be my Dakwah dan Tarbiyah.

my usrah, wasilah, fikrah ; name it whatever you want.
it's not really the system or the jemaah that matters, but how it changed my perception about this life.

bagaimana saya belajar mengilahkan Allah, mencintai Rasulullah, memperbaiki akhlak, mengubah persepsi, semuanya saya belajar dari DnT. 
kalau saya hilang ni, I lost everything, sebab inilah kehidupan bagi saya :(
dan list 2 dan kebawah tidak bermakna tanpa yang pertama ini. 
dan ianya harus berputar sekitar prioriti (1)

segala bentuk pembinaan manusia, kemurabbian, aktivisme, misi kemanusiaan yang saya sukai di bawah cabang ini mesti pada paksi mengEsakan Allah.

banyak lagi yang saya perlu pelajari, dan terlalu banyak juga kesilapan yang telah saya lakukan, moga Allah sentiasa memberi nikmat kesiapan untuk saya sentiasa terbuka dan belajar di dalam gerabak ini.

there comes (2); medik. saya tak mampu menafikan takdir Allah menempatkan saya di bidang ini (yang wallahi saya tak pernah terfikir sehingga tamat SPM!) membuatkan kadang2 saya terfikir apakah hikmahnya.

saya tahu, setiap bidang ada cabarannya. dan seperti mana yang lain, medik menyedut sebahagian tumpuan, tenaga, masa dan seterusnya. bidang ini menuntut banyak komitmen, di mana kadang-kadang saya merasakan bukan kekuatan saya. saya suka relaks relaks. huhu. Saya suka, ada yang saya minat, tapi ianya memenatkan.. tapi ialah,,, mana ada benda mudah dalam hidup ni. semua perlu mujahadah. hewww 'jika lelah, katakan lillah' 

(3) menulis (& membaca). setiap orang pasti mengakui hakikat jika kita kurang membaca (literally) @ 'membaca' kehidupan , kita tidak mampu menulis. sebab tiada isinya! atau isinya tiada nilai.. saya meminati karya-karya melayu dan indonesia lebih daripada yang lainnya. tapi saya mula (cuba) juga membaca pelbagai genre karya yang berbeza. kerana prioriti (2), saya sedar saya kurang membaca dan menulis. tapi minat ini tidak pernah mati.

sebab saya merasa merdeka, bila membaca dan menulis.
dan apabila saya tenggelam membaca puisi, karya, buku-buku, ianya akan mengambil masa yang agak panjang sehingga saya perlu disedarkan kembali untuk menelaah buku pelajaran, priori (2) ! huhuhuhu

bagi saya sendirian bersama secawan kopi dan sebuah buku kesukaan.
sudah cukup membuatkan saya memiliki dunia 
alangkah indahnya.. *escapism lol*

saya ada banyak impian dalam penulisan yang belum dicapai, tapi mahu terus diangan-angankan ; 

saya mahu saya mampu menterjemahkan obsesi (1)(2) kepada bentuk penulisan yang boleh dibaca umum. kenapa perlu ekslusif pada saya sendiri?

seperti mana saya merasa hidup bila menghadiri liqa/program tarbawi (contohnya) saya mahu ia dinukilkan..sehingga yang tak pernah merasainya, mampu marasakannya..

juga seperti mana saya banyak belajar apabila berjumpa pesakit, asyik (syok) menyaksikan pembedahan di meja bedah (contohnya), saya mahu ianya boleh ditulis dengan baik, sehingga mereka yang tidak pernah masuk ke dewan bedah boleh membayangkan keadaannya,  dan memahami prosesnya.

dan diatas segala impian dalam penulisan ; saya teringat ini :

menulislah untuk memahamkan. (& memudahkan) bukannya dan malah jauh sekali untuk terlihat pandai.
dan Hamka memesan secara tidak langsung saya fahami, 
kita harus banyak membaca (juga menulis) karya bahasa ibunda kita.

(4) travelling
(5) politic
.
.
.

dan alangkah banyaknya impian kita!

No comments: