Pages

Saturday, April 8, 2017

hari terakhir, rotation terakhir

Assalamualaikum, bismillah.

Hari ni hari terakhir rotation paeds. Merangkap rotation terakhir untuk tahun terakhir ni. InsyaAllah.

Rasa macam cepat je dah habis. Like seriously?!
Tapi rasa macam nak habiskan cepat juga.
(homesick sangat dah ni. Mungkin sebab Aminah baru bersalin. haha)
Tapi rasa need more time untuk prepare exam.
Tapi..
Tapi..
ah.
You’ll never get enough.
Manusia ni kan... hmm

‘Ala kulli hal, alhamdulillah.
Aku enjoy dan suka sangat rotation paeds. Ahhh, budak-budak ni tak boleh resist. Semua comel dan innocent. bila dapat anak buah baru aku super duper excited. (ada 2 lagi dalam perut, ohmyy meriahnya raya tahun depan. haha)

Dulu masa in denial sangat taknak buat medic, aku cuba cari apa peluang atau benda yang aku suka dengan medic ni. Jawapan dia budak-budak. Haha. Jadi cerita dia sejak pre-med aku aim nak jadi pediatrician. Aku tak nak end up buat benda yang aku tak suka sepanjang hidup aku.

Hari ni partner aku tanya (kami pernah rotation GP dan surgery sama-sama), -selain soalan dia yang macam2 lagii -.-
‘awak nak jadi paediatrician kan?’
Sebab dulu pernah kami ditanya oleh consultant.
‘haah, tapi bila habis surgery rotation, saya suka surgery jugak. Mungkin nak gabung paeds+surgery

Gitu haa confident sangat.
In fact, aku dah siap survey dan aim aku nak buat training apa. Dari winter hari tu.
Aku cuma mungkin manusia rigid + degil yang  memang tak boleh biarkan diri sendiri tak tahu nak buat apa -,-
Ada hati dah nak nak aim Master of Paediatric surgery (MPaedSurg) degree course. 4 years of training at UM. padahal intern/HO pun belum. eh, grad pun belum. ahha!
Kau ni huda dengan segala angan-angan kau, plan kau, macam-macamlah…..


Last feedback from consultant. it's such a motivation untuk aku saat2 genting sekarang. yang stress, yang banyak doubt ni. huhu. Alhamdulillah. Nothing to be proud of, aku tahulah takat mana je aku ni sebenarnya. Huhu. Aku enjoy ambil history dan review patient hari-hari. Enjoy present case and discuss paper/topic almost every day, tapi banyak kali juga nak ketuk kepala sendiri apa benda kau ni huda.. Cuba buat elok-elok sikit. huuu

Long case paeds, Dr bagi 69% hahaha 1 more mark untuk 1st class. Lol
i don't mind. it's more than enough. sebab aku rasa aku deserve pass je kot. selalu rasa diri tak bagus. camne ni, nak exam dah ni :(

be grateful. Alhamdulillah. Try harder huda. Keep on learning and improving, insyaAllah.

Plannya aku nak terus ke CUH untuk tutorial petang tadi, tapi tak jadi.
Singgah balik rumahlah makan sebab hari ni tak bawa bekal.

Balik rumah, update diri sikit dengan isu syria yang aku ‘hold’ sekejap masa weekdays. Huhu
Scroll itu ini, baca berita ini. End up bersungguh nangis sorang-sorang depan laptop.

Apa benda ni? Rasa sangat helpless.
Apa dalam kepala aku, bila tengok orang dying, gasping for air adalah..
‘What can we do untuk resuscitate patient tu?’
‘Can we do anything?’

Rasa helplessnya ya Allah.
Ummah dah semakin tenat.
Zalimnya manusia yang ingkar ni.
unbelievable!

Dan, mengetahui semua tu, logic sangat untuk rasa kecewa + terdiam putus asa.
Dan memang itupun yang sering aku rasakan.
Tapi kena ingat janji Allah.

Dan setiap kali rasa tak dapat buat apa/buat apa pun takkan mengubah apa-apa,
kena cakap dengan diri sendiri sebenarnya kita boleh buat sesuatu.
betapa kecewanya kita dengan keadaan semasa, kita tetap sayangkan ummat ni, dan nak keadaan sentiasa jadi lebih baik.
apa boleh buat??
Memang kecil, dan solusinya memang kecil, dengan mujahadah memperbaiki diri sendiri. cliche enough? huuu - Sebab diri kita (yang kecil sangat tu) itulah part of our ummah.

Perasaan kecewa, sedih, putus asa kita malah bukan membuatkan kita semakin lemah.
Seharusnya tidak. Sobs, faghfirlana ya Allah T__T

Seperti itu juga aku melihat sistem kesihatan di Malaysia (tak tahulah nak namakan apa)
Mungkin kita nampak kacamata ‘dunia’
Bila baca banyak sangat tentang betapa dahsyatnya sistem kerja hospital di Malaysia, rasa macam tak nak balik.
(Aku dah survey banyak negara dah yang boleh aku apply kerja, tapi ahh nothing can beat ‘home’..)
Bila baca teruknya junior doktor dibuli,
Sakit hati kan? Takut? Putus asa? Nak lari?
Tipu kalau aku tak rasa semua tu.
Sama juga rasa helplessnya.
Memang frust kot. walaupun kita nak perubahan, tapi kita ni bukan boleh nak paksa manusia berubah.
mustahil..

Tapi betul ke kita tak mampu buat apa-apa?
Tak ada harapan langsung ke?

Entahlah.
Tapi aku tetap merasakan, kalau rasa tak boleh nak ubah apa-apa,
We can always start dengan diri sendiri. Diri sendiri.
Yang paling susah nak berubah ni hoi (!)

Marah orang maki? Jangan jadi pemaki.
Tak suka dimarah, orang layan macam bukan manusia (inhumane), atau apa-apalah.. jangan buat benda/react dengan perbuatan yang sama.

Kita akan lemah, jika kita terus lemah mengawal diri sendiri. Sobs T_T

That’s how I believe, slowly but surely we can change the environment.

Sebab aku tak pernah belajar untuk menjadi orang yang mengutuk kegelapan,
Tetapi tidak berusaha memberikan cahaya.

No comments: