Pages

Monday, April 10, 2017

khabar dari seberang

assalamualaikum, bismillah.

around this time last year, aku macam ni jugalah. duduk di rumah/library, menelaah buku pelajaran untuk persediaan summer exam. Dan tahun lepas, aku missed walimah Aminah.

tahun ni, Aminah bersalin. tak ada missed apa-apapun. bukan aku nak jadi bidan dia pun. hehehe. tapi sungguhlah, bila duduk jauh ni, aku belajar menghargai semua ahli keluarga. Semua orang membesar dan ada pilihan-pilihan hidup masing2, (rasa macam menyesal asyik gaduh je. pastu sekarang nak rindu-rinduan. haha) tapi alhamdulillah teknologi menyatukan. ceh. aku selalu ternanti2 apa update semua orang dekat Malaysia. dan bila sorang update, nanti ada je yang akan membalas/membahan. tapi setiap satu respons tu meskipun apa bentuknyalah, adalah tanda semua masih peduli meski terpisah jarak. 

aku suka bertanya 'apa update? ' 'apa cer?' sejak aminah mengandung. dan respons (bebelan) ini meski jujur, aku rasa kelakar.


dan rupanya benar-benarlah real-struggle pertama kali menjadi ibu. aku cuba mengdiagnose Aminah dengan post-partum blues kah? haha. kalau soalan2 dia sekitar kehamilan dan kelahiran yang aku boleh jawab apa yang aku belajar, aku jawab. kalau yang praktikalnya 'ko tanyalah umi/ husna nanti'
pengalaman juga guru terbaik. heh


Zaid juga dah besar panjang. ohmyyy, can't believe it. Dari zaman belum dewasa, sampai segan nak cakap telefon bila suara dia dah berubah. lol. Abi, mengirimkan gambar pencapaian Zaid. aku tahu abi bukan jenis membanggakan apatah lagi nak membezakan kelebihan setiap satu adik beradik, tapi mungkin suatu motivasi dan penghargaan buat Zaid, Anak lelaki sulung harapan keluarga. Ecehh. Aku masih teringat lepas result PMR Zaid keluar, masa aku call Abi, abi minta tolong telefon Zaid, nasihatkan dia Abi risau dia kecewa sangat. sebab dia pun  nak ambil sains tulen katanya, (aku tak ingat result dia berapa) tapi sains &  math tak dapat A ke camtulah..

aku pun telefonlah si Zaid, aku masih ingat masa tu aku rotation surgery di Waterford. hampir 40 minit juga membebel cakap dengan dia untuk convincekan ambillah pakej 3; ekonomi dan account.. you can still go far meski tak ambil physic /bio/chemistry! asal jangan putus asa. berjaya tu tak semestinya kena jadi doktor/engineer. huuu. nak letak telefon dah.. hujung tu..

'bapak lama cakap dengan ko. panas telefon aku' - nasiblah ko Zaid. haha

Abi juga bawa (hantar) dia ke Acheh untuk belajar b.arab lepas PMR. biar belajar susah dan jadi manusia sikit. anak lelaki ni kena diajar berdikari. haha. (untung zaid. kitorang yang perempuan nak sekolah asrama pun abi tak bagi -.-) Dan kami kakak-kakak dia bahan dia 'tak sia-sia abi hantar ko ke Acheh. power betul b.arab & hafazan dia.'  


dan melihatkan dia perform (alhamdulillah untuk masa ini, moga istiqamahlah insyaAllah) dengan pakej 3, kami semua gembira meraikan. dan it's soo funnyhhh bila dia dok risau dia ada subject fail, siap risau nak bawa buku masa nanti dia datang sini Graduation day aku nanti (InsyaAllah). chill Zaid, take it easy. kelakar pulak rasaaaa, tapi bermaksud dia dah besar, fikir jugaklah pasal diri sendiri tu. kalau tak, asyik fikir game dengan bola je... haha

Husna pun menunggu hari nak bersalin, dan berusaha keras dengan bisnes shaklee dia.
Wafda pun baru update InsyaAllah akan start bisnes sampingan sambil practice law & akan 'hadiahkan' anak buah/cucu baru hujung tahun ni.
Abi begitulahh.. perusahaan kambingnya cinta sejati. ulang alik sekolah-rumah-ladang kambing sokmo.
Umi, selain memang pasrah perusahaan kambing abi jadi isteri pertama abi sekarang. (haha) kesukaan umi masih lagi memasak2, masih sibuk juga dengan tuition orang nak SPM ni..

Dan Zaimmmmmm si bongsu yang manja, jangan update apa2 jelah. Confirm kena bahan je. Hari tu dia kena pergi camping sekolah wajibkan. kami gelak je. sebab dia hari sukan sekolah pun taknak pergi katanya panas! sabor jelah budak tu. 

cerita-cerita harian, yang selalu aku ketinggalan...
dan inilah bayaran berada di perantauan!

Ya Allah, jagalah mereka selalu, dan rahmati dan berkati kami
& kumpulkan kami semula di tempat pengumpulan terbaik di akhirat kelak.

Ah, rindunya rumah.
homesick keeeee
asal nak exam homesick  T__T

No comments: