Pages

Thursday, April 20, 2017

pesakit adalah guru,

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah semalam usai paper pediatric, selesai satu subjek. Allah ya Allah. faiza 'azamta fatawakkal 'alaLlah- firmanNya.

habis exam, di tempat mengambil beg

'kawasaki disease awak'
'saya memang teringat budak tu'

alkisahnya, masa aku rotation paeds, ada seorang pesakit cilik dengan diagnosis Kawasaki Disease. Ahh, selama ini hanya membaca dari buku, tidaklah terlalu ambil kisah.

disebabkan hari-hari aku akan review patient, dan dia adalah pesakit yang lama berada di ward. hari pertama hanya diberi paracetamol untuk meredakan demamnya.

hari ke-2, pagi-pagi lagi Dr tanya ; 'kamu sudah melihat pesakit dengan kaki yang mengelupas?'

aku tidak tahu tentang itu.

semasa ward round, Dr memberitahu diagnosis Kawasaki Disease, lalu diberinya Immunoglobulin melalui salur darah dan disusun untuk prosedur echocardiogram.

selesai ward round. aku cuma tertanya- dan aku memang bertanya (hihi) pada Dr 'Adakah Dr akan memberikan aspirin kepada pesakit tu?'

dia memandang aku. sejenak. ' bergantung kepada tempat.'

sambungnya..

'malam nanti cuba awak baca pasal Kawasaki Disease, esok kita bincang'

aku membaca daripada beberapa sumber, tidak aku temukan yang tidak memberi aspirin, cuma amarannya - tentang Reye's syndrome. Dan esoknya, Dr memberikan aspirin kepada pesakit itu.

Dan aku bersyukur atas perbincangan itu. atas pertemuan dengan si cilik itu.

*  *  *  *  *

membaca tentang penyakit Multiple Sclerosis,

aku lantas teringat ziarah aku di rumah pesakit beberapa tahun lalu.
kali pertama datang disambut dengan anjingnya.
kerana keterbatasannya bergerak- sedikit lambat, dia tidak mampu menangkap anjingnya yang lincah dan aku gugup dan kaku.

ceritanya dibuka dengan dia tiba-tiba hilang penglihatan saat memandu. 
disambung tidak lama kemudian kakinya melecur saat mandi; lantaran tidak dapat merasakan kehangatan air, lalu dibukanya suhu maksimum.

dan seterusnya..

ketika membaca tentang Parkinson Disease,

teringat semasa bertemu dan melakukan pemeriksaan saraf kepada pesakit di ward.
dengan pergerakan yang kaku, suara yang merendah, muka tidak punya ekspresi..
lagi dan lagi..

membaca tentang penyakit itu dan ini,
keadaan itu ini,
lantas teringat pesakit itu dan ini.

yang menterjemahkan baris-baris daripada buku teks.

dan merekalah guru kita yang utama.
lalu untuk apa kita mendabik dada?

semoga Allah memudahkan urusan peperiksaan esok dan seterusnya,
dengan rahmatNya memberikan soalan-soalan yang kita punya idea serba-serbi apa jawapannya.
(ahha! ini pasti harapan semua pelajar setiap kali menjelang peperiksaan)

ayuhla kembali kepada realiti menelaah buku.
kerana buku menuliskan lautan perincian penyakit dan hanya sebahagian kecil sahaja pesakit yang akan ditemukan di ward, (!)

sadis bukan?

(cubaan menulis dalam bahasa ibunda, alahai....mesti dicuba lagi)

No comments: