Pages

Friday, April 14, 2017

Tak cukup baca buku je

assalamualaikum, bismillah.

another jumuah, alhamdulillah.

2 hari lepas terperap dekat rumah-hospital untuk osce paeds,
after subuh habiskan al-kahfi,
puas hari ni (baru) dapat jogging semula ke the lough. banyak oxygen kat luar ni ohoi.
sambung lipat baju dan back to study update blog. huu

alhamdulillah, semalam dah selesai paeds OSCE.

sebenarnya dah lama dah tahu dan sedar, 
rahmat Allah, rezeki Allah tu mengatasi segala usaha kita sebenarnya.
Dalam apa-apa perkara. tapi kita suka lupa.

kita rasa kita bagus sangat kot.
astaghfirullah.

entahlah manusia ni agaknya boleh jadi bila dia makin membesar, makin banyak letak usaha, makin banyak keinginan-keinginan dia, jadi mudah terlupa Allah jua yang akan tetapkan segalanya.

kadang-kadang tak tahu kenapa jadi macam tu.
sepatutnya makin rasa kita mampu buat apa-apa, patutnya makin rasa kita tak mampu, bila dibandingkan dengan kuasa Dia.

rindu perasaan so innocent, rasa akan redha je apa Allah nak bagi, rasa Allah akan cukupkan semuanya.
tak ada banyak benda yang perlu dirisaukan. walaupun rasa usaha tak banyak mana. (hehe)
tapi tenang.. bila Allah cukupkan dengan perasaan cukup.

tahu tak betapa bestnya perasaan tenang dengan dicukupkan tu?

berbalik kepada osce semalam,
boleh jadi semua station kita dah fully prepared, dah boleh expect apa nak keluar.
ready in and out, boleh diagnosed on the spot,
tapi still kita tak boleh buat dengan baik.
bila Allah kata tak. 

still rasa tak cukup.
still rasa tahape-hape tu.

tahu tak betapa tak bestnya perasaan tu?
astaghfirullah.

something to ponder,
dah lama dah tahu dan sedar (again), umi pun selalu pesan, nak exam tak cukup dengan baca buku je.

sebab boleh jadi kita blank.
boleh jadi kita salah faham soalan.
and so on.

Dan, 
jangan pandang remeh pada sedekah kita,
puasa kita,
pada akhlak baik kita pada orang,
telitinya kita menjaga adab dan etika dengan Allah,
pada takutnya buat maksiat
ikhlasnya taubat
rindunya solat malam
and so on.

sebab, 
usaha boleh jadi sia-sia
jika tidak dilengkapkan dengan sepenuh keyakinan dengan Allah.
kadang kita perlu mengemis rahmat Allah meski hanya mampu bertawasul dengan ahh.. sedikit amal soleh cuma.

meski penuh ragu dengan diri sendiri, 
tetap perlu memaksakan perasaan penyerahan total kepada Allah.

bila kita baca sirah,
kita tahu, para nabi, salafus soleh, sahabat

juga manusia, yang punya perasaan ragu, sedih,stress, takut.

takkan kita nak sekadar acknowledge; betul manusia akan merasai perasaan tu,

tapi tak follow hakikatnya;
despite of everything,
keyakinan mereka tetap utuh.

bukankah rasul mengajarkan this powerful dua ;
(aku pernah share juga sebelum ni. one of my fav)

'ya Hayyu ya Qayyum, birahmatika astagheestu,
aslihli syakni kullahu
wa laa takkilni ila nafsi torfata 'aini'

O the Living, O the Eternal,
I seek help in Your Grace.
Set right all my affairs
and give me not over myself even for as little as a wink of an eye.

mood muhasabah after exam.
lemah dan desperatenya manusia ni kan :(

No comments: