Pages

Friday, May 19, 2017

bila tiba masanya habis medschool..

assalamualaikum, bismillah..

Alhamdulillah results final exam dah keluar 4 hari yang lalu . 6 tahun penantian menghabiskan degree medicine, sejak asasi, akhirnya.

dan setiap berakhirnya satu episod kehidupan, maka bermulalah episod yang baru.

aku selalu membayangkan; bila tiba saatnya aku dapat result, aku akan gembira dan terus mencoretkan apresiasi teragung pada Allah yang mengizinkan semuanya, selawat dan salam pada junjungan Rasulullah, yang membawa risalah ini & mengajarkan bagaimana untuk hidup sebagai hamba, setinggi terima kasih pada abi umi & keluarga yang menjadi support system yang sangat ampuh, adakalanya aku nak quit, tapi merekalah yang terus meletakkan kepercayaan, pada guru-guru dari tadika , lecturer dari asasi hingga university, para doktor yang banyak memberi tunjuk ajar, rakan-rakan, housemates, usrahmates, ikhwah/akhawat yang memberikan bantuan.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

dan rupanya, bayangan aku tinggal bayangan, ianya seolah, kegembiraan yang tersekat. betapa dalamnya keinginan aku untuk semua orang akan grad bersama. how I wish, tapi tahu Allah punya takdir adalah jauh lebih baik daripada keinginan kita. kita boleh gembira, tapi biarlah berpada dan sederhana. Ingat orang yang tak punya.

jadi, after dapat result, sujud syukur, huhu nangis kesyukuran dan sungguh-sungguh berharap Allah masukkan aku dalam golongan orang yang bersyukur dengan meningkatkan amal. 

Dr. Khalilah Alhuda Kamilen
MB BCh BAO, 
University College Cork, Ireland.

for real? 
alhamdulillah wa astaghfirullah.

bosannya tak ada plan specific, barang dah 2hari dah kemas (nampak tak betapa tak sabarnya nak balik), kononnya nak baca banyak buku tak jalan juga, FB/Instagram pun tak menarik, movie hmm jenis tak layan sangat.. dah restless dah aku ni. betul ke free sangat ni. lol boleh mati kebosanan. (tapi sepatutnya  banyak benda boleh prepare untuk Ramadhan kannn) sudahnya aku akan membawa diri ke Galway hari ni, yeay nak join jaulah knawwar, and nak visit National University of Ireland, Galway - sebenarnya aku nak masuk university ni, tapi rezeki di UCC.

dan sebenarnya aku tak sabar nak enjoy +- 1 tahun pengangguran, sebab aku ada terlalu banyak benda yang aku nak buat (selain medic ohoi!) hehe. kita tengok lah macammana, nak retreat, volunteer macam2, nak travel, nak itu ini, tapi mungkin kena kerja part time juga ( i need money to keep me alive . heh). takut sudahnya duk rumah je. noooo..

adios.

Wednesday, May 10, 2017

Rumah kedua

Assalamualaikum, bismillah.

Hari ni nak lawan ‘last paper syndrome’ (last long case & viva ObsGyna) esok InsyaAllah, aku kena paksa heret kaki aku ni ke library. Tukar angin. Huaaa. Tapi lambat betul nak bersiapnya, sempat pulak nak lipat baju dari ampaian dulu, berlama-lama sarapan. Hadoyla.. At this point rasanya buat benda lain tu semuanya lebih menarik daripada nak study -.-

Tapi, perjuangan belum tamat, so yosh! Hampir 8 jam bertapa dekat sini, bagi chancelah aku break dengan menulis fuhh. Library macam pasar malam. Haha. dahsyat Irish ni, kalau pulun study nak exam. Sebab aku suka jelah singgah2 library kalau hari biasa, tapi musim exam ni, kadang tu nak cari tempat kosong pun susah. Ada siap bawak beg tarik. Ada juga yang semalam dia pakai baju ni, esok baju sama ‘ kau ni tidur library ke?!’ tapi memang ada library yang bukak 24h kalau musim exam. Aku tak pernah la cuba. Paling lambat pun balik pukul 12 malam (ni sebab zack ajak teman dia pulun study), itu nasib baik tak tidur kat tengah-tengah jalan sebab dah ngantuk, tapi rumah jauh lagi. Haha, lepas tu taubat dah nak stay library sampai lewat malam.

Ni bukti nak kata dahsyatnya; orang beratur panjang kot sebelum library nak bukak ; (curi gambar dari Boole library UCC. tapi aku selalu stay library Brookfield)




Boole library ni, memang besar. aku tak pernah teroka, pernah sesat je. haha.

Hmm, rasa sayu pulak duduk library hari ni, InsyaAllah biiznillah, mungkin ni last time aku stay untuk study. (tak tahulah lagi kalau lepas exam nak datang sini lagi. hihi) banyak memory ie : terlelap pastu orang nampak kita tersengguk Lol! Staff pun baik sangat, pakcik librarian sangat helpful subhanaAllah. Nooooo i’m gonna miss this library so badly T_____T (dah start nampak semua benda sentimental dah dekat Ireland ni)

Sejak SPM, hubungan aku dengan library berpisah tiada. Cewahh, tak dalah. Dulu time nak spm je, selalu lepak perpustakaan negara. Lepas tu dah tak pernah jejak dah (kena cari geng ni). Last summer teman hazrat study kitorang cari port baru lepak library awam dekat Ampang. Kosong wehh. feww.

InsyaAllah aku boleh je study di mana-mana, dan free style . Kat rumah suka study depan tv, atas katil. (haha, pastu study 40% ke laut 60% hmm?), aku tak perlukan proper tempat study sangat (asal ada tempat nak letak buku heh). Tapi yang menyebabkan aku suka ke library adalah suasananya.

Selain sebenarnya, kalau study dekat rumah tu lemau, study di library boleh tingkatkan produktiviti, rasa out of comfort zone sikitlah.. Tapi kalau tak produktif aku akan balik je rumah, sama je. Cuma, aku benar-benar suka dengan suasana orang tekun menelaah ilmu. Aku suka tengok pakcik-pakcik beruban, makcik-makcik pelbagai bangsa study. Tu sikit lah, walaupun yang ramainya student macam aku juga. Yang haaaa, baru gelabah nak exam; 12 jam hang duk library.

Kalau boleh diundur masa, teringinnya nak pergi bertapa dekat Baitul Hikmah, Baghdad; perpustakaan dan pusat penterjemahan zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah! Baghdad ketika itu adalah pusat keilmuan terkenal ; kalau sekarang macam Oxford la kot. Didirikan oleh Khalifah Harun Ar-rasyid dan disempurnakan oleh anaknya Al-ma’mun. Best kan, para sarjana berkumpul, berdiskusi, menterjemah karya dan aktiviti ilmiah lainnya.

Tapi berkecai hati ni, bila Baitul Hikmah dimusnahkan oleh tentera monggol; habis hitam sungai tigris selama lebih kurang 6 bulan disebabkan dakwat buku-buku, dan manuskrip yang dihumban kedalamnya. Allahuuu.

Okay Huda, dah cukup. sekian bebelan memori aku dan library. tetiba. Masa dah tamat. Back to study! Last exam insyaAllah, esok.

Moga Allah beri kelapangan hati, mudahkan dan cukupkan, InsyaAllah.

p/s ; sedap bunyi perut awak tu, jom balik!

Sunday, May 7, 2017

nasihat kehidupan

assalamualaikum, bismillah.

mencari-cari tips untuk short cases surgery... terlalu banyak untuk dibaca, dan tipu untuk aku tidak akui; tempoh peperiksaan yang panjang, kadang membuatkan kita keletihan. huhu, astaghfirullah.

saat membebel pada family, juga menyedapkan hati 
(ah! sikit sangat mujahadahnya)

'memang nak kumpul pahala mujahadah menuntut ilmu je ni.'

huhu, memandangkan rasa the amount of worries, effort yang diletakkan untuk peperiksaan tak lebih dari setengah jam adalah tidak setimpal! tapi apakah kamu mengira Allah tidak mengira segala usaha dan penat lelahmu? sobs

kembali kepada tips yang dicari.
aku teringat pesan surgeon yang aku kagumi (he inspires me to be a surgeon) ;

'Khalilah,

good judgement comes from bad experiences'

Thanks Mr,
cumanya untuk peperiksaan esok hari, barangkali aku memerlukan lebih banyak bad experieces untuk ada that good judgement! hmm

jadi aku akan tetap simpan pesanan itu untuk kehidupan mendatang.

Thursday, May 4, 2017

assalamualaikum, bismillah.

lama aku mengambil masa untuk menulis.
menulis adalah satu terapi, tapi tidaklah lebih baik daripada menyendiri, setulusnya bercerita segala isi hati dengan Tuhan.

semakin hari kadang-kadang aku merasakan aku semakin tidak mengenali diri sendiri.

' i don't know what's wrong with me, sometimes I can be too positive, sometimes I can be too negative ' - aduan pada teman

'takpelah, that makes you human'

' if this situation makes you closer to Him, that's good'

I keep telling myself, setiap takdir dan rasa yang kita alami, tidak pernah lari dari kebijaksanaanNya. terlalu mudah untuk bercakap, lebih dari memahaminya. I hate it when i put too much expectations on myself, and would not tolerate for less. slowly, i'm dying inside.

I can accept other's weakness, (yeah, i'm learning tho. penat dah dengar people and even my parents cakap i'm perfectionist! what? stop it.  i'm not perfectionist. i think, i'm just overthink.  apa bendalah kau ni huda -.-)

but I still can't accept my own mistakes. what an irony!

bila kita rasa, kita buat something not right, then kita akan lagi down lagi down lagi down..
dan cycle itu akan berulang. dan kita semakin rasa useless. 

'awak ni memang jenis cepat rasa bersalah kan?'
'awak ni, memang kalau dah buat sesuatu baru akan fikir eh?'

perhaps, learn to forgive our own self is the hardest!

the day bila aku rasa aku tak nak buat apa yang aku rasa nak buat. i can't cope with people's expectation anymore. i can't please everyone, i'm tired of this. abi said :

' abi sokong apa saja pilihan '

aku menangis lagi.

the day bila aku down sangat, i feel like a failure. i feel like quitting.. abi said;

'alhamdulillah..'

aku menangis lagi. 
malunya pada Rabbi. saat lupa untuk bersyukur.

bukan senang nak mengaku kita ni lemah. mengaku kita ni gagal. its not easy.
nak open up, seek for help, jauh lagi susah.
lagi-lagi bila orang rasa kita bukan jenis lemah, bukan jenis mengalah. tapi heyy who knows?

kadang-kadang aku rasa bila membesar dengan 'nampak okay' (tak adalah okay sangat haha),
bila part tak okay tu, kita (orang lain pun hihi) jadi kurang pandai nak handle.
dan kadang-kadang aku seolah tidak pandai menanggapi kehidupan. 

dan probably, I'll learn this the hardest way.
trust Him, pick yourself up, heal your own wound and carry on, huda :)

fasa peperiksaan yang menstresskan (aku dah banyak kali bagitahu, tak tahulah kenapa. tapi aku stress sangat dengan exam ni T_T) saatnya aku mentadabbur surah Ali Imran.. on point. kalam Tuhan to make me sane. Drama sungguh.

storms don't last forever. everything shall pass.
and these words are nice:

Trusting Allah (swt) doesn't mean only thinking well of Him when you're in times of ease. It also doesn't mean only turning to Him in times of hardship.
Trusting Him is a full time commitment. It's knowing that there MUST be good in everything He sends your way, whether you can see it or not.
It's knowing that as uncertain as you feel in your life, He is going to bring you to the doorsteps where you must be. And you will enter when that door opens, and you will never be disappointed in what He grants you.
Trust Him in the light and in the dark. - Asmaa Hussein

p/s : rasanya bila banyak sangat masa untuk diri sendiri, asyik fikir diri sendiri, tu jadi banyak sangat konflik. huuuhuh alahai...!

Faghfirlana ya rabb
Allahumma ballighna Ramadhan,