Pages

Friday, May 19, 2017

bila tiba masanya habis medschool..

assalamualaikum, bismillah..

Alhamdulillah results final exam dah keluar 4 hari yang lalu . 6 tahun penantian menghabiskan degree medicine, sejak asasi, akhirnya.

dan setiap berakhirnya satu episod kehidupan, maka bermulalah episod yang baru.

aku selalu membayangkan; bila tiba saatnya aku dapat result, aku akan gembira dan terus mencoretkan apresiasi teragung pada Allah yang mengizinkan semuanya, selawat dan salam pada junjungan Rasulullah, yang membawa risalah ini & mengajarkan bagaimana untuk hidup sebagai hamba, setinggi terima kasih pada abi umi & keluarga yang menjadi support system yang sangat ampuh, adakalanya aku nak quit, tapi merekalah yang terus meletakkan kepercayaan, pada guru-guru dari tadika , lecturer dari asasi hingga university, para doktor yang banyak memberi tunjuk ajar, rakan-rakan, housemates, usrahmates, ikhwah/akhawat yang memberikan bantuan.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

dan rupanya, bayangan aku tinggal bayangan, ianya seolah, kegembiraan yang tersekat. betapa dalamnya keinginan aku untuk semua orang akan grad bersama. how I wish, tapi tahu Allah punya takdir adalah jauh lebih baik daripada keinginan kita. kita boleh gembira, tapi biarlah berpada dan sederhana. Ingat orang yang tak punya.

jadi, after dapat result, sujud syukur, huhu nangis kesyukuran dan sungguh-sungguh berharap Allah masukkan aku dalam golongan orang yang bersyukur dengan meningkatkan amal. 

Dr. Khalilah Alhuda Kamilen
MB BCh BAO, 
University College Cork, Ireland.

for real? 
alhamdulillah wa astaghfirullah.

bosannya tak ada plan specific, barang dah 2hari dah kemas (nampak tak betapa tak sabarnya nak balik), kononnya nak baca banyak buku tak jalan juga, FB/Instagram pun tak menarik, movie hmm jenis tak layan sangat.. dah restless dah aku ni. betul ke free sangat ni. lol boleh mati kebosanan. (tapi sepatutnya  banyak benda boleh prepare untuk Ramadhan kannn) sudahnya aku akan membawa diri ke Galway hari ni, yeay nak join jaulah knawwar, and nak visit National University of Ireland, Galway - sebenarnya aku nak masuk university ni, tapi rezeki di UCC.

dan sebenarnya aku tak sabar nak enjoy +- 1 tahun pengangguran, sebab aku ada terlalu banyak benda yang aku nak buat (selain medic ohoi!) hehe. kita tengok lah macammana, nak retreat, volunteer macam2, nak travel, nak itu ini, tapi mungkin kena kerja part time juga ( i need money to keep me alive . heh). takut sudahnya duk rumah je. noooo..

adios.

No comments: