Pages

Wednesday, May 10, 2017

Rumah kedua

Assalamualaikum, bismillah.

Hari ni nak lawan ‘last paper syndrome’ (last long case & viva ObsGyna) esok InsyaAllah, aku kena paksa heret kaki aku ni ke library. Tukar angin. Huaaa. Tapi lambat betul nak bersiapnya, sempat pulak nak lipat baju dari ampaian dulu, berlama-lama sarapan. Hadoyla.. At this point rasanya buat benda lain tu semuanya lebih menarik daripada nak study -.-

Tapi, perjuangan belum tamat, so yosh! Hampir 8 jam bertapa dekat sini, bagi chancelah aku break dengan menulis fuhh. Library macam pasar malam. Haha. dahsyat Irish ni, kalau pulun study nak exam. Sebab aku suka jelah singgah2 library kalau hari biasa, tapi musim exam ni, kadang tu nak cari tempat kosong pun susah. Ada siap bawak beg tarik. Ada juga yang semalam dia pakai baju ni, esok baju sama ‘ kau ni tidur library ke?!’ tapi memang ada library yang bukak 24h kalau musim exam. Aku tak pernah la cuba. Paling lambat pun balik pukul 12 malam (ni sebab zack ajak teman dia pulun study), itu nasib baik tak tidur kat tengah-tengah jalan sebab dah ngantuk, tapi rumah jauh lagi. Haha, lepas tu taubat dah nak stay library sampai lewat malam.

Ni bukti nak kata dahsyatnya; orang beratur panjang kot sebelum library nak bukak ; (curi gambar dari Boole library UCC. tapi aku selalu stay library Brookfield)




Boole library ni, memang besar. aku tak pernah teroka, pernah sesat je. haha.

Hmm, rasa sayu pulak duduk library hari ni, InsyaAllah biiznillah, mungkin ni last time aku stay untuk study. (tak tahulah lagi kalau lepas exam nak datang sini lagi. hihi) banyak memory ie : terlelap pastu orang nampak kita tersengguk Lol! Staff pun baik sangat, pakcik librarian sangat helpful subhanaAllah. Nooooo i’m gonna miss this library so badly T_____T (dah start nampak semua benda sentimental dah dekat Ireland ni)

Sejak SPM, hubungan aku dengan library berpisah tiada. Cewahh, tak dalah. Dulu time nak spm je, selalu lepak perpustakaan negara. Lepas tu dah tak pernah jejak dah (kena cari geng ni). Last summer teman hazrat study kitorang cari port baru lepak library awam dekat Ampang. Kosong wehh. feww.

InsyaAllah aku boleh je study di mana-mana, dan free style . Kat rumah suka study depan tv, atas katil. (haha, pastu study 40% ke laut 60% hmm?), aku tak perlukan proper tempat study sangat (asal ada tempat nak letak buku heh). Tapi yang menyebabkan aku suka ke library adalah suasananya.

Selain sebenarnya, kalau study dekat rumah tu lemau, study di library boleh tingkatkan produktiviti, rasa out of comfort zone sikitlah.. Tapi kalau tak produktif aku akan balik je rumah, sama je. Cuma, aku benar-benar suka dengan suasana orang tekun menelaah ilmu. Aku suka tengok pakcik-pakcik beruban, makcik-makcik pelbagai bangsa study. Tu sikit lah, walaupun yang ramainya student macam aku juga. Yang haaaa, baru gelabah nak exam; 12 jam hang duk library.

Kalau boleh diundur masa, teringinnya nak pergi bertapa dekat Baitul Hikmah, Baghdad; perpustakaan dan pusat penterjemahan zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah! Baghdad ketika itu adalah pusat keilmuan terkenal ; kalau sekarang macam Oxford la kot. Didirikan oleh Khalifah Harun Ar-rasyid dan disempurnakan oleh anaknya Al-ma’mun. Best kan, para sarjana berkumpul, berdiskusi, menterjemah karya dan aktiviti ilmiah lainnya.

Tapi berkecai hati ni, bila Baitul Hikmah dimusnahkan oleh tentera monggol; habis hitam sungai tigris selama lebih kurang 6 bulan disebabkan dakwat buku-buku, dan manuskrip yang dihumban kedalamnya. Allahuuu.

Okay Huda, dah cukup. sekian bebelan memori aku dan library. tetiba. Masa dah tamat. Back to study! Last exam insyaAllah, esok.

Moga Allah beri kelapangan hati, mudahkan dan cukupkan, InsyaAllah.

p/s ; sedap bunyi perut awak tu, jom balik!

No comments: