Pages

Wednesday, June 21, 2017

sebagaimana pergantian musim

assalamualaikum, bismillah.

Ramadhan ke- 26.

alhamdulillah dah l0 hari sampai Malaysia. hari pertama sampai je boleh tidur malam. mungkin penat tak selesa tidur dalam flight, then sampai rumah asyik main dengan baby hayah dan awfa, boleh tidur terus.

tapi selepas malam tu, mostly ngantuk nak terlelap dekat2 subuh/memang subuh betul huuu. so here I am mata memang boolat lagi ni.

satu nikmat yang saya syukuri bila Allah telah menempatkan di negara 4 musim adalah bisik-bisik saya dengan Allah melalui alam yang sangat saya rindui.

Alam ; sungguh merupakan satu kekuatan di bumi asing.

saya suka berjalan lambat-lambat memerhati langit, pokok-pokok, dedaunan bila pulang ke rumah. (sebab kalau pergi Uni/hospital selalu cepat2 takut lambat hmmmm)

oh dan saya memang pernah ceritakan, saya sukakan malam dan bulan.
semasa saya masih bersekolah, ada ketika bulan purnama, saya sengaja tidur menghadap tingkap melihat bulan. Dan pernah juga di Ireland saya sebegitu; tertidur melihat langit dihiasi bulan.

terpegun melihat indah terangnya cahaya bulan, kita ketepikan kegelapan malam. dan mana mungkin tanpa malam gelap pekat, bulan boleh seindah itu?

SubhanAllah.

dan, ada satu specific perkara lagi yang saya sukakan.
melihat ranting-ranting kering pokok kembali ditumbuhi daun.
dan kemudian daunnya berguguran di musim luruh.
kemudian tumbuh semula di musim bunga.

dan kitaran yang sama bertahun-tahun.

dan itu memberikan saya harapan yang hidup.
khususnya diambang saya jatuh ; lemah ; luntur.

'Ya Allah, kau boleh menumbuhkan daun daripada tiada kepada ada ; juga sebaliknya,
maka kau pasti boleh menumbuhkan perasaan (fill in the blank) di dalam hati ini, kau pasti boleh mengubah keadaan ini (fill in the blank)'

begitulah lebih kurang template; berulang kali.
keadaan berbeza ; bentuknya sama.

.............

Dan sebenarnya sejak pulang ke Tanah Air ; saya seperti ranting pohon tanpa daun. saya kecewa pada diri, saya marah pada keadaan, saya tidak seperti saya dan saya tidak tahu kenapa sesungguhnya.

dan saya ulang berkali-kali perkataan stress dengan suasana, saya menjadi sangat negatif, tidak bersemangat, marah dan kecewa dengan diri. atas banyak perkara yang saya seperti tidak maklumi; segalanya boleh diatasi dengan bantuan ilahi.

langit hati mendung kelabu.
astaghfirullah.

dan di saat masih diberi kesempatan ramadhan,
saya berharap ranting kering ditumbuhi daun semula.

meski dengan seribu satu kelemahan, dosa dan maksiat ;
Allah berkenan mengurniakan taqwa, yang dengannya diberi taufik untuk memperbaiki amal, dan dihapuskan dosa- sehingga menjadi orang yang sebenarnya menang.

(33: 70-71)
current wallpaper. yes, memang rindu :)