Pages

Wednesday, July 12, 2017

Fortaleza du Malaca

asslamualaikum, bismillah.

Fortaleza du Malaca. ceh nama nak glamer, read : malacca fort. kubu melaka.

lepas sarapan pagi, kami terus gerak ke tapak (1) nama asalnya : St Dominggo - dibina oleh portugis- kemudian ditukar nama kepada Bastion Victoria oleh pihak Belanda.

Krisis Portugis-Belanda dinukilkan dalam sejarah sebagai 80 years' War (1568-1648) atau juga dikenali sebagai Dutch war of independence. perbezaan fahaman agama dalam kristian juga (katholic vs protestan) salah satu faktor selain pemberontakan lain. (kena baca sendiri hihi-panjang na).

so di tapak ni, dapatlah dilihat kesan peninggalan binaan asal malacca fort ni. binaan batu laterit mainly pada tapak binaan, itu hasil tangan portugis, then ditambah batu-bata nipis diatasnya oleh pihak belanda. sama juga keadaannya di tapak tinggalan yang lain.

persoalannya, kenapa kita tak jumpa cantik je kubu melaka seperti asal di sepanjang bandar hilir melaka ni?
gambaran asal kubu di tebing Sungai melaka ni.

well, semuanya telah dimusnahkan oleh British. what we called-  'pride of victorious' - bila pihak yang menang nak musnahkan apa-apa tinggalan pihak yang dikalahkan. yang tak sempat dimusnahkan hanyalah A Famosa (Porta Santiago) sebab just nice masa tu Sir Stanford Raffles sampai dari Singapore - dia nak preserve tapak tu. 

kita ni, kalau menang over sesiapa, takke lebih elok kita manfaatkan apa yang ada? dah kenapa nak bangga diri sangat sampai merosakkan. mungkin tak teruji sangat kot bab tu. okay, saja membebel.
St Domingo/Bastion Victoria
kren lama tepi Sg Melaka
lepas tengok tapak Bastion Victoria, gerak ke (2) Bastion Middleburg. dekat je menapak tu. tak sempat nak beranganlah..eh. okay, di sana; sama je hasil tinggalannya; cuma dibina semula - so tak pernah tahu rupa asalnya macammana. (so boleh masuk wishlist kat syurga kalau nak tahu sangat la. hoho)
Bastion middleburg-binaan semula.
kisah pelabuhan melaka once upon a time.
menapak lagi ke (3) Bastion Frederick Hendrik. dekat sini menarik.

suatu malam sebelum ke trip ni ; aku tanya kakak aku masa dia balik gombak sebelum nak tidur. pillow talk gitu. oh ya btw suami dia out-station, tak adalah kacau daun. so yeah- girl's talk

' ko tahu tak A famosa tu dibina daripada apa? '

'batu?'

aku tak sangka ada kakak yang pandai macam ni -.-

'yelah, batu tu dari mana?'

'.......'

tiada layanan ya di situ. haha. kau pun huda, soalan tengah malam gitu..

'dibina antaranya atas runtuhan masjid dan tapak kubur sultan..'

'ye ke?'

dalam sebuah catatan :
' Gabenor (Afonso de Albuquerque) sibuk membina kubu di kawasan masjid. Dinding tembok dibuat dari kayu dan tembok bahagian dalam, seperti arahan beliau, ditanamkan tapak sedalam 8 kaki untuk bahagian dalam tembok yang dibuat dari batu dan kapur. Tembok kayu yang sementara perlu disiapkan sebelum tembok yang dibuat dari batu dan batu kapur. Batu dari jenis granit diambil dari makm keluarga bangsawan, masjid dan bangunan-bangunan lain.. kebanyakan dari batu-batu itu terdiri dari kubur-kubur lama milik sultan yang tertanam begitu jauh sehingga banyak kerja perlu dilakukan untuk menggalinya ' - Document 4 , History of the exploration and Conquest of the indies (part 2) by Fernao Lopes de Castanheda
nak tulis pasal 'perang' terhadap islam sejak dari misi Vasco Da Gama, kena tulis post lain. hehe
Di Bastion Frederick Hendrik
anyway, berbalik kepada tapak Bastion Frederick Hendrik ni, di sinilah ditemukan 4 rangka manusia lengkap (tidak diketahui siapakah pemiliknya) dan batu nisan milik sultan (yang asli ada di Muzium Melaka)- batu nisan bukan patut di tanah perkuburan ke? kan? sebab dah tak adalah tapak perkuburan tu untuk bina tembok ni ceritanya.. bukti lambang kebencian terhadap islam.

dan, surprisingly enough, tak ada satu pun makan Sultan di Melaka? dan hanya ada 2 je makam sultan melaka ditemui..

kat mana? next post lah cerita.

jom sambung raya lu.

No comments: