Pages

Monday, July 10, 2017

sejarah? just another boring post.

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah, semalam aku diberi kesempatan join edutrip ke Melaka ‘Dari bandar hilir ke Bukit Senjuang’ bersama Dr Hafidzi (pengerusi MyCare, penulis risalah nusantara) anjuran Akademi Dr Hafidzi (nama sementara) dan Jejak Risalah Resource.

Sebelum tu, macammana aku terjebak jadi ahli akademi ni.
memang minat sejarah ke?
Sebenarnya tak pun. 

aku cuma sangat minat sirah dan kisah sahabat,

menelusuri sirah dan kisah sahabat sangat2 menginspirasikan.

dan aku pernah dahulu, kalau orang kata apa wish kita kalau masuk syurga boleh minta apa2?

Haha, aku nak dikembalikan pada zaman Rasulullah dan sahabat (specifically nak tengok macammana diorang berperang) – sebab tak boleh imagine.  I know, aku hidup dalam bayangan masa lalu. Cewahh.

Ok anyway, usrahmate aku suruh give a try masuk akademi ni dengan modal itu.
Tapi masa tu final year.
aku tak boleh catch up dengan perbincangan yang banyak.


Dan aku tak suka perasaan tak menyumbang aka sekadar/asal ada.
So aku decide nak keluar daripada jadi ahli pasif. 
but then K.asma selaku pengasas akademi ni kata, takpe take a break, nanti after final exam catch up semula.

Okaylah gitu, maka selalulah mesej di group akademi beratus2 baru aku buka dan baca. Tapi itu pun masih tak dapat catch up lah tbh.

Ada beberapa aspirasi khusus penubuhan akademi ni. Dan semuanya murni insyaAllah (haha ada pulak tak murni?) so why not sokong?
So edutrip ni adalah aktiviti pertama untuk ahli akademi yang berpeluang join. Tu serba serbi pengenalannya.

Aku memang ada banyak benda yang aku nak buat, impian dan cita2.
kadang kita tak cukup masa nak cater semua dalam hidup ni, pada aku mudah, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Dan never ever limit your capacity.


Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana sebab macam banyak sangat kan bendanya. Mungkin fokus pada apa yang dipelajari daripada trip tu. Malam sebelum trip bagi yang sampai awal, kami jalan raya dulu dan ada mindsetting daripada Dr Hafidzi sendiri.



‘’ those who cannot remember the past are condemned to repeat it’’ – George Santayana.

Ni memang kita jumpa dalam buku teks sejarah sekolah.
haha, yet, look at ourselves ; how do we value our history??

I know, sejarah bukanlah subjek yang paling menarik. (aku je lah kot eh)
Untuk menarik minat orang terhadap sejarah, lagilah pulak. Susah dia… mak aih.
Mengenang semula, masa sekolah, belajar pun rasa macam untuk nak lulus periksa je. huhu

Kisah sejarah, kaku di dalam buku.
faktanya padat, hanya untuk diingat, kemudian dilupa.
Kisah sejarah kita (Malaysia), banyak dicerita tentang kisah kalah, khianat, sultan minat anak orang itu ini (eh?) : bukan kisah orang berjuang. (okay, mungkin aku yang ingat benda tu je dah kenapa kan -..-)

Have we ever wondered, dah kenapa portugis, sepanyol, British dari jauh untuk ‘menjajah’ melaka?

Glory, Gold, God, Gospel

remember?


Tapi kenapa? Apa puncanya? What really motivates them?
ke we just accept it as it is. We hardly can find the real answer from our textbook! Sebab sejarah kita banyaknya naratif setempat (negara bangsa-  kita dipisahkan oleh garis di atas peta), tidak naratif global.

Kita perceive : ‘bermulanya imperialis barat untuk menguasai perdagangan rempah ratus, dan portugal telah mengatasi kuasa barat lain dengan berjaya menawan Melaka pada 1511’

Sejarah kita disempitkan fokusnya pada setempat; bukan kisah umat.

What if, kita belajar ;

‘setelah kejatuhan kerajaan Andalusia di Cordoba (assuming kita at least ada basic sejarah sekolah tentang islam di Andalus dan kedatangannya di nusantara) , rentetan perang salib dan semangat ‘ketuhanan’ mereka berusaha menyebarkan dakyah mereka di seluruh dunia dan menyekat usaha dakwah islam. Episod baru sejarah konflik Kristian-islam bermula dengan perjanjian Tordesillas (1494) & Saragossa (1529) kuasa besar portugis & sepanyol membahagikan dunia kepada 2 bahagian ; untuk ditakluk.

Maka berangkatlah Portugis ke Melaka membawa ‘mesej Tuhan’ dan ‘tugas suci’.. kerana melaka adalah tempat strategik laluan perdagangan. Pada era tersebut ;

‘siapa yang menakluki jalan pelabuhan perdagangan, dapat menakluki dunia’

Seperti sekarang : ‘ siapa menguasai petroleum, menguasai dunia’

??

Boleh ke gitu? Sounds more interesting? 


Kadang sejarah lebih baik dipelajari dengan gaya emosi, berselit sentimen, beserta pendetailan fakta yang tepat. Sebab pengajarannya nak masuk dalam hati.                                      

Dan pada nama-nama kita sekarang ; ada jasanya pada perjuangan jihad (it was jihad- not just semangat patriotik) nenek moyang terdahulu. Jika kita terlupa wujudnya perjuangan2 terdahulu dan mahu terus merasa inferiority complex pada penaklukan bangsa eropah ke atas umat islam tidakkah kita terfikir tanpa perjuangan jihad terdahulu ; nama2 kita sekarang barangkali mungkin Christiano Ronaldo? Pedro? Maria de medeiros? Isabel de castro?

hmmm, told ya : boring kan??

Baik baca novel romantik cinta.

No comments: