Pages

Sunday, July 2, 2017

Tiba-tiba down, malas belajar ; ingat ni!

Assalamualaikum , bismillah.

alhamdulillah, syawal pun dah seminggu berlalu.
cuti sekolah pun dah tamat. Adik-adik pun dah nak start sekolah esok.

kakak yang happy adik pergi sekolah , aku lah tu. sebab kalau diorang tak ada kat rumah, aku boleh dengan aman damai tenang kemas rumah. haha. 

anyway, post ni dah terperuk je dalam draft, meh nak sudahkan.
personally pada aku, kenangan ni, aku nak simpan elok-elok. sebab sekali seumur hidup (well, semua benda adalah momen yang tak sama ; sekali seumur hidup~)

alhamdulillah, masa conferring ceremony hari tu, nenek abi umi zaid zaim datang Cork. dan aku memang happy dan tak sabar sangatlah mereka nak datang. hihi.

sebab? yelah aku rasa masa nak grad tu adalah hadiah untuk family kot yang lebihnya hehe.
nak tengok parents tersenyum.

nak kena remind generasai muda, dan anak2, kita ni kadang2 kena belajar berkorban untuk gembirakan orang yang kita sayang. tak semua benda dalam hidup ni, kena fikir kita sorang ok? (nak kata kau berkorban amek medik ke? cewahh haha taklah, i dah redha lah;P)

parents ni gembira je anak2 nak buat apa, jujurnya kalau aku jadi parents aku akan bahagia gembira dengan akhlak dan sakhsiah anak2 yang baik above everything else. tapi believe me, kalau kita habis belajar (yang formal) itu juga adalah salah satu kegembiraan besar buat mereka.

so, siapa masih belajar, akan belajar, niat nak sambung belajar ; kena teruskan! jangan putus asa. semua benda berbaloi insyaAllah. nantilah kalau rajin aku buat post how to survive medical school untuk orang biasa2 macam aku. yang meroyan je lebih wahaha

so ingat ni : my motivation of course nak Allah redha, at the same time nak parents happy masa kita grad. macammana2 pun aku kena grad! (ni lah aku pegang dan selalu bayang2kan haha)

ingat Mark Zuckerberg, last2 masuk balik Harvard habiskan degree untuk kotakan janji pada mak dia, happy kan parents dia? (ceh macam tahu isi hati dia) tapi, tu je lah point aku; ingat mak ayah. (+family) ok?

dan, betul, lama aku tak tengok abi umi tersenyum simpul (?) macam hari mereka datang Cork hari tu. Alhamdulillah, thummalhamdulillah.

a night before conferring ceremony : pre-graduation International dinner 2017
Graduation day


Dan of course lah, korang belajar teruk-teruk, air mata darah (ok melampau sikit) tak lain dan tak bukan untuk segulung ijazah. mungkin ijazah itulah permulaan untuk kehidupan mendatang. walaupun aku tak rasa ada masalah orang tak nak sambung apa2 bidang yang dia belajar di university. i'm totally fine with it! support lah each other, please lah jangan cakap 'rugi belajar medic /apa2 end up buat benda lain'

sebab satu je benda, ijazah korang dapat tu kertas je tau.

dan mungkin korang tak faham pun apa yang ditulis atas kertas tu macam ni: what is that??


dan kena bayar 50 euro untuk translate sehelai kertas tu? -.-


(sorrylah aku memang tak pandai ambil gambar, dan tak kisah pun lol)

dan, kertas tu akhirnya tinggal kertas, bila korang meninggal nanti.
so chill, moga Allah kurniakan kerendahan hati.

p/s : selamat hari raya!

No comments: