Pages

Monday, August 14, 2017

Qodhoya Dakwah

Assalamualaikum, bismillah.

yang saya fahami, agenda qodhoya (permasalahan) di dalam usrah sama pentingnya dengan pengisian usrah. tapi, saya bermula dengan tidak menyukai agenda qodhoya di hujung liqa' usrah. makan masa! saya memang tak suka segala bentuk perkara yang meleret2. dan saya sering menggunakan masa qodhoya untuk tidur. ish3 -..-

sehinggalah sampai pada kesedaran qodoya dakwah itu penting. bahkan sangat penting. sudah lama saya tidak melihat seriusnya kita berqodhoya, dan betapa semangatnya masing2 memberikan idea dalam menyelesaikan satu2 isu sehingga kami berqodhoya pada hujung minggu lalu dengan penggerak seluruh UK dan Ireland. lama saya tak merasai perasaan itu. Dulu di Cork, kami pernah berqodhoya dari isyak sampai ke azan subuh (waktu summer lah. hahaha) dengan segala macam makanan; jajan dah keluar, dan pelbagai posisi dah semua orang dan bergilir2 tidur agaknya. haha. dan itulah kemanisannya. pernah juga saya mengetahui, ada usrah yang liqa bahan usrah dan liqa qodhoya berlaku pada hari yang berbeza. wowwerz mesti meletops qodhoyanya. hoho

pagi ini, saya sedikit lapang, saya kembali membuka terjemahan qawaid dakwah (QD) (okay sebenarnya, kalau tak dipanggil untuk menyampaikan, mungkin tidak dibuka. sobs). hanya refresh baca mukaddimah. hoho. ianya personal, pertama kali saya talaqqi QD adalah saat saya menghabiskan cuti summer di Mesir menggunakan buku fully arabic. (baru tahu tinggi rendah arab sendiri -,-) perenggan-perenggan awal mukadimah juga sudah menyentakkan.

'' Tidak mungkin dianggap seorang dai kepada mana-mana fikrah melainkan dia mestilah melekatkan (~menasabkan) dirinya kepada fikrah itu. Dia mestilah hidup mati dan sentiasa bertindak balas dengan segala permasalah dakwah (وتفاعله مع قضاياها) ''
Dia mestilah sentiasa berinteraksi dengan segala permasalahan dakwahnya. bertindak balas/ interaksi memerlukan dua hala. turun naiknya prestasi dakwah, adalah sama dengan suka duka perasaannya. mad'u tak jadi ; merasa sedih patutnya. program tak mencapai hadaf, binaan tak menjadi ; apa yang perlu diperbaiki? itu yang berlegar di fikirannya.

apabila dai tidak merasa belong to dakwah, jadilah seperti manusia biasa. apa nak jadi, jadilah. yang penting, tak memberi kesan kepada diri sendiri. jangan kacau periuk nasi aku sudahlah.. dan betapa banyak lagi yang merasakan dakwah dia, dakwah dia lah. ketika aku dan kamu tidak menjadi kita; of course ; inilah yang banyak menimbulkan ketegangan sesama ikhwah akhawat. huhu. tidak mendapat bimbingan dan sokongan sepatutnya. akhirnya  burnt out. cliche enough?

sambung ya sikit lagi..

'' pembawa dakwah sepatutnya akan hidup dengan dakwah itu dan dakwah itu hidup dengannya. Dia akan bertanggungjawab terhadap dakwah itu dan dakwah itu akan bergantung kepadanya (pula).  
وصاحب الدعوة يعيش بها وتعيش به وتُحسب عليه كما يُحسب عليها ''
ini berat. kalau kita katakan manusia itu hidup dengan gadget/handphone agak2nya seperti apa manusia yang hidup dengan dakwah dan dakwah hidup dengannya T__T

masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki :( seakannya kita memikul dakwah dari tepi. (tak suka nak cakap soal ini, sebab masih jauh. malu sendiri.)

apa qodhoya dakwah kita saat ini? saya ajak orang fikir, saya pun akan buntu. yang saya takutkan, bila saya rasa banyak benda nak kena buat, saya end up tak nak buat apa2. huhu naudzubillah.

mencari titik keseimbangan, pada jalan tengah betul atau salah, itu lebih mudah jika kita qodhoyakan bersama. pada pendapat kita yang salah, kita bersyukur untuk tidak diteruskan kerana kalau fikir sendiri, rosaklah dakwah ini. 

antara mengejar para BFGs (bukan mudah), dan menyantuni penggerak yang akan pulang ke UKE, mana yang kita lebih cenderung mengusahakan?
antara membawa usrah, membina adik2 di kolper (kolej persediaan) dan menggerakkan dakwah di tempat sendiri, mana yang perlu di dahulukan?
antara keluar ke lapangan atau membina kekuatan, mana fokus utama?
antara urusan kerja dan keperluan dakwah, mari mencari titik tengah?
dakwah centred or self-centred?
..
...
...

dan saya percaya kita takkan pernah menemukan jawapan pada berkajang-kajang qodhoya dakwah yang kita lontarkan. (bukan pesimis, tapi macam mustahil?)

dan kala bertemu manusia yang punya banyak qodhoya dakwahnya, nak mencari penyelesaiannya satu hal, yang lainnya.. itu membuktikan ; 

seperti itulah dai yang akan sentiasa bertindak balas dengan permasalahan dakwahnya. (di sepanjang hidupnya). daie bukanlah orang yang malas berfikir. bukan yang tiada sekelumit pun sensitiviti pada diri, seolahnya, kita belajar quran-manhaj ini untuk diri sendiri..

dan alangkah ruginya.. sobs

Sunday, August 13, 2017

masih relevankah usrah?

assalamualaikum, bismillah.

saya masih teringat, di Cork, masa di final year, ada seorang ukhti yang saya kasihi fillah, tiba-tiba ajak jumpa. personal.

dan topiknya ' masih perlu ke kita berusrah? ' saat ukhti merasa rendah dengan dirinya, tentang anak binaannya, tanggungjawabnya. sedangkan ukhti ini saya memang hormat padanya. seorang murabbi, seorang JK tarbiah.. kebaikannya yang dicurahkan pada kami sesama akhawat, akhlak yang dipamerkan ; susuk qudwah.

dan ya, kami fahami, usrah ini tidak lagi perlu, jika institusi keluarga kita (read usrah = keluarga) sangat padu. kita tidak perlu lagi bergantung pada support sistem luaran. tapi itu terlalu ideal. 

kami bincangkan kerelevanan usrah kita dengan airmata. (hihi emo pula kalau teringat) dan saya hormati keputusan akhawat yang ingin berhenti usrah, be it sementara, atau selamanya (sobs) untuk mencari diri, atau mencari keyakinan tentang sistem ini. (moga bertemu, InsyaAllah)

bukan mahu mudah berputus asa, tapi siapa kita untuk memaksa? sedalam mana pun kesedihan kita, keinginan kita untuk semuanya tetap di sini, moga tali ukhuwah islam terus bersambung tiada putus. kita akan terus berharap, akan ada yang kembali, dan yang masih meyakini, terus disini, biidznillah.

di tahun 1, di dalam usrah, saya tanya pada murabbi ; dan soalan saya jujur ; ' salah ke kak, kalau orang tak ikut usrah sedangkan orangnya soleh? saya tak nampak masalahnya ' beliau mengambil sedikit masa menjawab soalan saya. katanya lebih kurang ini ; ' kita melihat orang tak apa, tetapi jangan kita. '

saya bertanya, jauh sekali untuk mengambil alasan untuk diri, saya cuma ingin tahu. dan tidak pernah saya ragui tentang kepentingan usrah. dan usrah; bermakna dengan segala wasilah tarbiyahnya yang lain : daurah, mukhayyam, mabit, nadwah etc. bukan usrah sahaja. 

cuma, sejak pulang ke Malaysia. saya tertanya kembali ' relevankah usrah ini?'

dengan melihatkan keadaan masyarakat & komitmen ikhwah akhawat.
mohon jauh daripada saya hanya prejudis dan menghukum.

semalam, saya berkesempatan, bersama-sama turun ke pingir kota Kuala Lumpur untuk (belajar) merayu undi. ketuk dari rumah ke rumah. kita bicarakan soal sara hidup. berjumpa seorang makcik; dengan penuh perasaan meluahkan kebimbangannya tentang keruntuhan moral anak-anak di sekitar kejiranannya.

saya melihat cuma sedikit dari realiti masyarakat ; kita nak offer usrah ke pada masyarakat sebegini?

saya perhatikan, kebanyakan institusi keluarga rapuh apabila terhimpit dengan bebanan kewangan. ibubapa bekerja demi memenuhi keperluan keluarga, anak-anak ada yang tidak menerima perhatian secukupnya. belum lagi masuk anasir luar yang sungguh membimbangkan! kita melihat juga susah, apatah lagi yang menanggungnya.

kemudian saya tanyakan pada diri : relevankah usrah pada masyarakat sebegini?

saya tidak mengeksklusifkan usrah, tapi saya benar-benar tertanya ; kita nak usrahkan setiap orang ke? 

di saat masyarakat bersusah survive nak hidup? (yang cukup segala keperluan- bukan tergolong dalam yang saya maksudkan, itu cabaran berbeza hehe). di sinilah saya melihat keperluan kita menjadi khadam umat. saya percaya, ayat2 makiyyah di permulaan dakwah nabi, bukan sekadar penekanan tauhid, tetapi khidmah ; menyantuni fakir miskin, anak-anak yatim, membantu yang susah, memberi keamanan. bukan sekadar mengubah neraca hidup, tetapi memberi kemudahan dalam menghadapi kehidupan. itu keperluan asas manusia.

dan saya yakini, kita belajar ini semua daripada liqa'-liqa' usrah kita, bukan?

DAN, jauh lebih mencabar daripada itu, mendepani masyarakat yang 'keperluan' hidup mereka bukan sekadar asas makan, pakaian, tempat tinggal, tetapi seleranya besar ; kemegahan, harta, pangkat, jawatan, keselesaan, senang-lenang, keluarga untuk dibanggakan, dan apa lagilah syurga yang mahu di dunia..

lalu bagaimana??

Saturday, August 12, 2017

Bual-bualan bersama abi (II)

assalamualaikum, bismillah.

sejak pulang ke Tanah air, bukan sekali abi tanya 'bila nak ambil exam kepakaran?' - abi refer kepada exam MRCS (membership of the royal college of Surgeon).

in fact, sejak kami sekeluarga berjalan di London dan Paris lepas aku grad, abi kerap tanyakan soalan yang sama. Di Paris lagi abi telah hubungi kawan dia nak tanya pasal exam tu.

hasrat di hati, aku memang nak jadi pakar kanak-kanak - kecintaan pada kanak-kanak tak pernah mati, tapi cinta pada surgery juga mulai tumbuh di Tahun Akhir perubatan, lantas menjadikan aku bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanak-kanak- Paediatric Surgeon- itulah yang aku nyatakan pada abi.

wahh, panjang angan-angan kau huda. haha, well it's not wrong to dream big, aite?

raya hari tu, abi bawa aku ziarah sahabatnya seorang pakar bedah, tanyakan lagi pasal pathway to become a surgeon di Malaysia. I really appreciate abi's effort for this.

dan kesekian kalinya abi akan tanya lagi, 'bila nak daftar exam?'

dan aku jawab (ke alasan. haha) : 'exam tu mahal lah abi'

dan aku terkejut abi sedikit marah. ; 'abi ada duit simpanan untuk tu, boleh guna'

tersenyap iolls. duit bukan penghalang, hikhik. jangan nak bagi alasan lagi.

abi mesti tak tahu yang anak dia ni cuak. tak ready. aku ni pengecut, kalau rasa tak ready, better tak payah buat. so aku aim paling awal pun nak ambil exam April tahun depan kot. kena ada plan. pakai redah je a big no no.

dan satu hal lagi, aku memang nak kerja sementara tunggu panggilan HO, tapi aku nak kerja yang tambah skills. bukan just for the sake of duit. kalau boleh tak nak kerja yang rutin- 9-5 duduk je mengulang benda sama. ( i know, memang banyak songeh). Dan recently, bila dapat offer kerja yang aku minat dan dinamik juga keperluan dia; tak akan buat benda sama, perlu travel sana sini, jumpa orang sana sini, attend event itu ini, aku tahu aku nak buat kerja tu. i want that experience. aku consult few people, aku tanya previous person yang buat kerja tu; katanya ' best, tak stress cuma penat je lah ' - aku on, penat boleh hilang, dan semua benda pun penat.

abi ok je bila aku bawak bincang. cuma last week bila balik Jaulah dari utara, dari airport aku terus ke tempat lain (tak balik rumah lagi) atas urusan kerja. dan bila malam balik rumah, penat la kan, nak tidur. dah tutup lampu , baring siap. abi balik rumah.

okay, bangun, keluar bilik jumpa abi. I need to talk to him.

masa di Kedah, aku tinggal di rumah K.suzie di Jitra, dan keluarga k.suzie ni mostly doctors, specialist, so aku ambil peluang banyak tanya pasal career wise. They are so inspiring and very helpful. so aku cerita dekat abi. dan aku sambung cerita pasal urusan kerja yang aku buat sebelum balik tadi. kerja aku ni tak menentu masa. aku nak kerja, tapi concern aku, aku risau aku penat dan tak sempat study. opss, haha. 

abi kata ; ' nak kerja boleh, tapi tu lah kena fikir lah jangka panjang ' - aku tahu abi nak aku fokus untuk study exam tu sementara masa banyak. huuu. kalau kerja HO tak ke lagi horror dan miserable hidup? aku sebenarnya banyak tau doubt dengan diri sendiri; kau biar betul nak jadi surgeon? dan tak kurang juga takut buat premature decision. ye lah, HO pun belum.

tapi abi selalu kata, kena fokus, jangan kisah apa orang kata. huu

okay..so, aku pun dengan bekal sokongan abi (& seluruh keluarga juga) buat initial steps. aku approach kawan yang minat nak ambil mrcs juga, kami ada gdrive bahan untuk prepare exam. dan aku baca experience orang2 yang ambil exam (daripada medical student aku suka buat ni - escapism namanya hakhak), buat nota dan tips how to excel mrcs part A. Dan, beli buku- sebab aku still old style, tak minat sangat softcopy- kena peluk dan bau buku tu baru masyuk. hehe.

aku mesej abi secara personal gambar resit sambil meroyan. buku pun dah mahal belum nak ambil exam lagi. heww paling sikit pun rm5k kot untuk exam ni. tu paling sikitlah.

dan abi pi post pulak resit tu dalam group family.

abi, why abi T__T
buat orang serba salah.

dan ahhh aku memang cengeng, beberapa kali air mata bertakung kalau duk fikir, abi and ummi dah semakin meningkat usia.

what if, tengah2 jalan aku struggle nak jadi surgeon, - maybe dalam masa 5-10 tahun ni, tiba2 Allah jemput mereka, ke mana harus aku kumpulkan kekuatan. daripada mana lagi akan aku terima sokongan tak berbelah bagi. akankah aku berhenti setengah jalan? *dahstartnakdramadah*

ahh, i don't know lah.
kompleks kan hidup ni.
lagi kompleks bila manusia banyak fikir tu diri sendiri.

Wednesday, August 9, 2017

masam manis adik beradik

assalamualaikum, bismillah.

sampai rumah petang tadi, alhamdulillah. pergi program 3 hari dapat 2 missed call pada waktu berbeza daripada umi. call semula. cuak juga. apa yang urgent ni

call 1 :

'huda, kau bawak semua eh roti dekat rumah ni?' (haha. roti abi beli dari kajang. my childhood roti. cant resist)
'haah nape?'
'aku nakk..'
'tapi aku balik 2 hari lagi takpe ke'
'okay, bawak balik tau'

sampai rumah. 'huda mana roti?' - Zaim

call 2 : (dahlah siap keluar dewan ingat urgent)

'huda'
'ye'
'aku nak minum air protein ko'
'haa minumlah'
'macammana nak buat'
' aku biasa letak susu secawan lepastu ko tambah 3 sudu protein tu'
'okay, tu je' -Zaid

balik rumah tadi, Zaid masuk bilik.

'huda, aku nak ni'


dia datang almari buku, buka kaca bahagian atas. woww nervous sekejap dia ni nak buku apa. mustahil dia nak baca raheeq makhtum (haha) wuish takkan 'tafsir dakwi'? atau adakah 'robohnya dakwah di tangan dai'? ke dia nak baca ' kembali ke dekapan tarbiyah'?

sekali.....

dia rembat baki coklat Ireland gua.
ciss, nampak pulak!

pelik dan ajaib betul budak2 ni bila bab makan.
nak kata rindu kakak dia lama tak duduk rumah macam taklah kan 😏
macam-macam lahai budak2 ni..

Wednesday, August 2, 2017

Realiti dakwah di Malaysia (dari budak oversea)

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan balik Malaysia. 
Alhamdulillah semalam baru balik dari Utagha Jaulah bersama akhawat dan hadiri program family day ikramhealth.

balik Malaysia ni, orang suka tanya apa plan awak?

dan jawapan aku, sampai bulan 10 saya nak free. tak nak commit apa2 yang spesific (macam kerja) nak tengok relung / peluang yang ada. then bulan 10 mungkin baru kerja (sebab dijangka duit simpanan bakal kering by that time. minta duit daripada parents is not my style yeahhh so kita kena berdikari guyss. haha)

free? woww free tu nak buat apa?
tsawabit (ceh tsawabit) macam usrah, program tarbiyah sendiri tu tetaplah tsawabit.
usrah kalau tak dapat2 tu kena push. hehe.

that was my plan. 
tapi plan is plan. kononnya.

bila aku kata nak tengok dan cuba buat apa yang ada, tu bukan senang. Peluang dakwah di Malaysia ni seluas lautan. duduk di oversea ; kita nampak student undergrad, jauh sikit kita cover post-grad, masyarakat malaysia setempat, Islamic society ; banyak uruskan program2 tarbiyah ahli, jauh sikit kita adakan program, JV untuk charity,humanitarian etc. 

tu banyak? Malaysia punya luas dia macam semesta alam. (haha sorry i memang nak hiperbola). di oversea, kita kurang santuni  masyarakat setempat; rakan kerja, kawasan kejiranan? tak masuk lapisan masyarakat ; daripada setiap kelas , berbeza latar belakang dan profession, merentas perbezaan kaum dan agama.

awal sampai, bila di offer kerja (dalam konteks dakwah) ; aku nak tahu tu kerja apa, untuk apa, sebab aku baru nak belajar waqi' Malaysia.

jawapan aku terima ; ' lagi cepat masuk lagi cepat faham waqie Malaysia '

fuhh. dia macam kita nak belajar berenang, tapi kita duduk main2 air tepi kolam, menyanyi2 (eh), sampai sudah kita tak akan belajar. kita kena ada enough courage, dare to take the risk, and masuk kolam tu. then only kita akan boleh belajar berenang.

cuma, kalau kita tak aware kolam tu dalam dia berapa kaki, dan kita tak ada cikgu mengajar berenang tambah pulak tak reti nak belajar sendiri, tak cukup persiapan ; we will end up lemas! 

itulah analogi dari kaca mata aku yang kerdil ni tentang realiti dakwah di Malaysia.

suatu hari aku dijemput hadiri meeting penyelarasan tugas satu relung dakwah; tujuannya untuk ganti dan faham dan cover orang kuat program yang akan pergi ke haji tahun ni. clueless memang ya, dan tersenyap pun ya. wow , ini kerja gila. how on earth ikhwah akhawat ada himmah nak manage event sebesar tu?

imagine ya, nak buat big event without event organiser (maksudnya ikhwah akhawat lah event organiser) yang kalau kita nak mudah kita bayar je event organiser. tapi cost dia RM100K! ini kerja gila. memerhati, dan cuba memahami pun you will learn a lot. selain geleng kepala kuis kaki, eh.

itu satu. disebabkan niat asal aku tadi tu kan nak tengok relung dakwah apa di Malaysa, then aku hadiri satu lagi meeting. Dalam bidang kesihatan, ada ahli jemaah yang dah lama dah fikir (dan buat) untuk membina kemudahan umum, membina keperluan tenaga pakar di Malaysia, membina empayar bertarget keuntungan berbilion ringgit - semua dengan kefahaman dan tujuan dakwah. dan itu kerja gila.

where am i dalam mengerakkan dakwah di Malaysia? no where. insignificant!

tu baru sikit yang dilihat dari tepi, lebih banyak yang tidak diketahui. apa yang lebih menyedihkan dalam tarbiyah ini? mengetahui tanpa mahu beramal- dan itu adalah kesia-siaan.

aku beri contoh ; dahulu, masa aku di tahun 1, aku buat nota dan hadam kulit ke kulit buku usul 20. sampai habis tahun 5 dah berapa kali daurah pasal usul 20 dah dengar.  some akhwat know how obses i was dengan usul 20. sebab dia macam ting!! semua masalah ada jawapan. haha. then bila balik malaysia, amalnya bukan semudah : usul 6 dalam usul 20 tu apa? tu masih teori. tapi jawapan akan berhasil dengan kita hadapi realiti dakwah, hadapi masalah dalam masyarakat then you know dari mana kita menyelesaikannya- hasil dari kefahaman usul 20.

tu (baru) satu contoh. 
terlalu banyak kefaham fikrah yang perlu dibumikan.. (bukan dikebumikan)

astaghfirullah. masih terlalu jauh dan luasnya dakwah ini untuk kita hadapi. selalu aku berniat, dan bersyukur berada dalam jamaah yang punya banyak relung dakwahnya. untuk melihat dan menganalisis kekurangan, yes seluas mata memandang kita boleh jumpa (another hiperbole, sorry :P) cuma, kalau bukan pun aku yang melaksanakannya mampu mengubah apa-apa, dapat pahala beramal jamaie pun more than enough.huhu.

sebesar apa perancangannya, sebesar itulah cabarannya. (& persiapannya)

at one point, aku ada kesangsian tentang ke mana fokus kita dalam dakwah. bersediakah kita?
di satu hari yang lain konflik tentang persiapan diri sendiri , tarbiyah-wise; bagaimana kualiti kader kita (diri sendiri lah) - evergreen topik
relevankah usrah kita ni? di saat masyarakat berkecamuk, institusi keluarga berterabur?

dan paling dekat ; ke mana binaan kita dari oversea? mampukah mengisi keperluan realiti di Malaysia.

dan, jangan cakap pasal penat please, realitinya memang lah penat  -.-

Allahu, la hawla wa la quwwata illa billah
tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah s.w.t

banyak sangat persoalan yang aku sendiri sedang mencari jawapannya....

O Allah guide us all.