Pages

Saturday, August 12, 2017

Bual-bualan bersama abi (II)

assalamualaikum, bismillah.

sejak pulang ke Tanah air, bukan sekali abi tanya 'bila nak ambil exam kepakaran?' - abi refer kepada exam MRCS (membership of the royal college of Surgeon).

in fact, sejak kami sekeluarga berjalan di London dan Paris lepas aku grad, abi kerap tanyakan soalan yang sama. Di Paris lagi abi telah hubungi kawan dia nak tanya pasal exam tu.

hasrat di hati, aku memang nak jadi pakar kanak-kanak - kecintaan pada kanak-kanak tak pernah mati, tapi cinta pada surgery juga mulai tumbuh di Tahun Akhir perubatan, lantas menjadikan aku bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanak-kanak- Paediatric Surgeon- itulah yang aku nyatakan pada abi.

wahh, panjang angan-angan kau huda. haha, well it's not wrong to dream big, aite?

raya hari tu, abi bawa aku ziarah sahabatnya seorang pakar bedah, tanyakan lagi pasal pathway to become a surgeon di Malaysia. I really appreciate abi's effort for this.

dan kesekian kalinya abi akan tanya lagi, 'bila nak daftar exam?'

dan aku jawab (ke alasan. haha) : 'exam tu mahal lah abi'

dan aku terkejut abi sedikit marah. ; 'abi ada duit simpanan untuk tu, boleh guna'

tersenyap iolls. duit bukan penghalang, hikhik. jangan nak bagi alasan lagi.

abi mesti tak tahu yang anak dia ni cuak. tak ready. aku ni pengecut, kalau rasa tak ready, better tak payah buat. so aku aim paling awal pun nak ambil exam April tahun depan kot. kena ada plan. pakai redah je a big no no.

dan satu hal lagi, aku memang nak kerja sementara tunggu panggilan HO, tapi aku nak kerja yang tambah skills. bukan just for the sake of duit. kalau boleh tak nak kerja yang rutin- 9-5 duduk je mengulang benda sama. ( i know, memang banyak songeh). Dan recently, bila dapat offer kerja yang aku minat dan dinamik juga keperluan dia; tak akan buat benda sama, perlu travel sana sini, jumpa orang sana sini, attend event itu ini, aku tahu aku nak buat kerja tu. i want that experience. aku consult few people, aku tanya previous person yang buat kerja tu; katanya ' best, tak stress cuma penat je lah ' - aku on, penat boleh hilang, dan semua benda pun penat.

abi ok je bila aku bawak bincang. cuma last week bila balik Jaulah dari utara, dari airport aku terus ke tempat lain (tak balik rumah lagi) atas urusan kerja. dan bila malam balik rumah, penat la kan, nak tidur. dah tutup lampu , baring siap. abi balik rumah.

okay, bangun, keluar bilik jumpa abi. I need to talk to him.

masa di Kedah, aku tinggal di rumah K.suzie di Jitra, dan keluarga k.suzie ni mostly doctors, specialist, so aku ambil peluang banyak tanya pasal career wise. They are so inspiring and very helpful. so aku cerita dekat abi. dan aku sambung cerita pasal urusan kerja yang aku buat sebelum balik tadi. kerja aku ni tak menentu masa. aku nak kerja, tapi concern aku, aku risau aku penat dan tak sempat study. opss, haha. 

abi kata ; ' nak kerja boleh, tapi tu lah kena fikir lah jangka panjang ' - aku tahu abi nak aku fokus untuk study exam tu sementara masa banyak. huuu. kalau kerja HO tak ke lagi horror dan miserable hidup? aku sebenarnya banyak tau doubt dengan diri sendiri; kau biar betul nak jadi surgeon? dan tak kurang juga takut buat premature decision. ye lah, HO pun belum.

tapi abi selalu kata, kena fokus, jangan kisah apa orang kata. huu

okay..so, aku pun dengan bekal sokongan abi (& seluruh keluarga juga) buat initial steps. aku approach kawan yang minat nak ambil mrcs juga, kami ada gdrive bahan untuk prepare exam. dan aku baca experience orang2 yang ambil exam (daripada medical student aku suka buat ni - escapism namanya hakhak), buat nota dan tips how to excel mrcs part A. Dan, beli buku- sebab aku still old style, tak minat sangat softcopy- kena peluk dan bau buku tu baru masyuk. hehe.

aku mesej abi secara personal gambar resit sambil meroyan. buku pun dah mahal belum nak ambil exam lagi. heww paling sikit pun rm5k kot untuk exam ni. tu paling sikitlah.

dan abi pi post pulak resit tu dalam group family.

abi, why abi T__T
buat orang serba salah.

dan ahhh aku memang cengeng, beberapa kali air mata bertakung kalau duk fikir, abi and ummi dah semakin meningkat usia.

what if, tengah2 jalan aku struggle nak jadi surgeon, - maybe dalam masa 5-10 tahun ni, tiba2 Allah jemput mereka, ke mana harus aku kumpulkan kekuatan. daripada mana lagi akan aku terima sokongan tak berbelah bagi. akankah aku berhenti setengah jalan? *dahstartnakdramadah*

ahh, i don't know lah.
kompleks kan hidup ni.
lagi kompleks bila manusia banyak fikir tu diri sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

boleh tahu kenapa nak amik mrcs even it's not recognised here in malaysia? nak jadi surgeon nanti still kena enroll for the master programme kan?

Khalilah Alhuda said...

Thanks anonymous for your visit and question :)

you are totally correct, the only pathway to become a surgeon in Malaysia is master program. BUt it is very competitive to enrol master programme in Malaysia.

one of the entry qualification is - At least two years of post-full registration clinical experience in General Surgery and its subspecialties, (at least 12 to 18 months in general surgery is preferable), approved by the Senate.

how to get that position? sebab HO di Malaysia sekarang ni contract, kalau passed one of the exam (be it mrcp/mrcs etc)you will be entitled gred A/B Housemen (without any extension ofcos huhu) and it will be easier to get that MO position- after you finished HO.

and secondly, based on my reading (& tanya2 surgeons hehe), if you've done a research paper on surgery and/or you've passed MRCS exam, it will be an added value for you to be selected to the master programme.

you're right, it's not recognised here in Malaysia, tapi passed the exam, will create a better opportunity.

camtulah lebih kurang..

Anonymous said...

okayy thank you and goodluck for that! Jom ramaikan muslim surgeon in M'sia inshaAllah!