Pages

Wednesday, August 9, 2017

masam manis adik beradik

assalamualaikum, bismillah.

sampai rumah petang tadi, alhamdulillah. pergi program 3 hari dapat 2 missed call pada waktu berbeza daripada umi. call semula. cuak juga. apa yang urgent ni

call 1 :

'huda, kau bawak semua eh roti dekat rumah ni?' (haha. roti abi beli dari kajang. my childhood roti. cant resist)
'haah nape?'
'aku nakk..'
'tapi aku balik 2 hari lagi takpe ke'
'okay, bawak balik tau'

sampai rumah. 'huda mana roti?' - Zaim

call 2 : (dahlah siap keluar dewan ingat urgent)

'huda'
'ye'
'aku nak minum air protein ko'
'haa minumlah'
'macammana nak buat'
' aku biasa letak susu secawan lepastu ko tambah 3 sudu protein tu'
'okay, tu je' -Zaid

balik rumah tadi, Zaid masuk bilik.

'huda, aku nak ni'


dia datang almari buku, buka kaca bahagian atas. woww nervous sekejap dia ni nak buku apa. mustahil dia nak baca raheeq makhtum (haha) wuish takkan 'tafsir dakwi'? atau adakah 'robohnya dakwah di tangan dai'? ke dia nak baca ' kembali ke dekapan tarbiyah'?

sekali.....

dia rembat baki coklat Ireland gua.
ciss, nampak pulak!

pelik dan ajaib betul budak2 ni bila bab makan.
nak kata rindu kakak dia lama tak duduk rumah macam taklah kan 😏
macam-macam lahai budak2 ni..

No comments: