Pages

Sunday, August 13, 2017

masih relevankah usrah?

assalamualaikum, bismillah.

saya masih teringat, di Cork, masa di final year, ada seorang ukhti yang saya kasihi fillah, tiba-tiba ajak jumpa. personal.

dan topiknya ' masih perlu ke kita berusrah? ' saat ukhti merasa rendah dengan dirinya, tentang anak binaannya, tanggungjawabnya. sedangkan ukhti ini saya memang hormat padanya. seorang murabbi, seorang JK tarbiah.. kebaikannya yang dicurahkan pada kami sesama akhawat, akhlak yang dipamerkan ; susuk qudwah.

dan ya, kami fahami, usrah ini tidak lagi perlu, jika institusi keluarga kita (read usrah = keluarga) sangat padu. kita tidak perlu lagi bergantung pada support sistem luaran. tapi itu terlalu ideal. 

kami bincangkan kerelevanan usrah kita dengan airmata. (hihi emo pula kalau teringat) dan saya hormati keputusan akhawat yang ingin berhenti usrah, be it sementara, atau selamanya (sobs) untuk mencari diri, atau mencari keyakinan tentang sistem ini. (moga bertemu, InsyaAllah)

bukan mahu mudah berputus asa, tapi siapa kita untuk memaksa? sedalam mana pun kesedihan kita, keinginan kita untuk semuanya tetap di sini, moga tali ukhuwah islam terus bersambung tiada putus. kita akan terus berharap, akan ada yang kembali, dan yang masih meyakini, terus disini, biidznillah.

di tahun 1, di dalam usrah, saya tanya pada murabbi ; dan soalan saya jujur ; ' salah ke kak, kalau orang tak ikut usrah sedangkan orangnya soleh? saya tak nampak masalahnya ' beliau mengambil sedikit masa menjawab soalan saya. katanya lebih kurang ini ; ' kita melihat orang tak apa, tetapi jangan kita. '

saya bertanya, jauh sekali untuk mengambil alasan untuk diri, saya cuma ingin tahu. dan tidak pernah saya ragui tentang kepentingan usrah. dan usrah; bermakna dengan segala wasilah tarbiyahnya yang lain : daurah, mukhayyam, mabit, nadwah etc. bukan usrah sahaja. 

cuma, sejak pulang ke Malaysia. saya tertanya kembali ' relevankah usrah ini?'

dengan melihatkan keadaan masyarakat & komitmen ikhwah akhawat.
mohon jauh daripada saya hanya prejudis dan menghukum.

semalam, saya berkesempatan, bersama-sama turun ke pingir kota Kuala Lumpur untuk (belajar) merayu undi. ketuk dari rumah ke rumah. kita bicarakan soal sara hidup. berjumpa seorang makcik; dengan penuh perasaan meluahkan kebimbangannya tentang keruntuhan moral anak-anak di sekitar kejiranannya.

saya melihat cuma sedikit dari realiti masyarakat ; kita nak offer usrah ke pada masyarakat sebegini?

saya perhatikan, kebanyakan institusi keluarga rapuh apabila terhimpit dengan bebanan kewangan. ibubapa bekerja demi memenuhi keperluan keluarga, anak-anak ada yang tidak menerima perhatian secukupnya. belum lagi masuk anasir luar yang sungguh membimbangkan! kita melihat juga susah, apatah lagi yang menanggungnya.

kemudian saya tanyakan pada diri : relevankah usrah pada masyarakat sebegini?

saya tidak mengeksklusifkan usrah, tapi saya benar-benar tertanya ; kita nak usrahkan setiap orang ke? 

di saat masyarakat bersusah survive nak hidup? (yang cukup segala keperluan- bukan tergolong dalam yang saya maksudkan, itu cabaran berbeza hehe). di sinilah saya melihat keperluan kita menjadi khadam umat. saya percaya, ayat2 makiyyah di permulaan dakwah nabi, bukan sekadar penekanan tauhid, tetapi khidmah ; menyantuni fakir miskin, anak-anak yatim, membantu yang susah, memberi keamanan. bukan sekadar mengubah neraca hidup, tetapi memberi kemudahan dalam menghadapi kehidupan. itu keperluan asas manusia.

dan saya yakini, kita belajar ini semua daripada liqa'-liqa' usrah kita, bukan?

DAN, jauh lebih mencabar daripada itu, mendepani masyarakat yang 'keperluan' hidup mereka bukan sekadar asas makan, pakaian, tempat tinggal, tetapi seleranya besar ; kemegahan, harta, pangkat, jawatan, keselesaan, senang-lenang, keluarga untuk dibanggakan, dan apa lagilah syurga yang mahu di dunia..

lalu bagaimana??

No comments: