Pages

Wednesday, August 2, 2017

Realiti dakwah di Malaysia (dari budak oversea)

Assalamualaikum, bismillah.

Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan balik Malaysia. 
Alhamdulillah semalam baru balik dari Utagha Jaulah bersama akhawat dan hadiri program family day ikramhealth.

balik Malaysia ni, orang suka tanya apa plan awak?

dan jawapan aku, sampai bulan 10 saya nak free. tak nak commit apa2 yang spesific (macam kerja) nak tengok relung / peluang yang ada. then bulan 10 mungkin baru kerja (sebab dijangka duit simpanan bakal kering by that time. minta duit daripada parents is not my style yeahhh so kita kena berdikari guyss. haha)

free? woww free tu nak buat apa?
tsawabit (ceh tsawabit) macam usrah, program tarbiyah sendiri tu tetaplah tsawabit.
usrah kalau tak dapat2 tu kena push. hehe.

that was my plan. 
tapi plan is plan. kononnya.

bila aku kata nak tengok dan cuba buat apa yang ada, tu bukan senang. Peluang dakwah di Malaysia ni seluas lautan. duduk di oversea ; kita nampak student undergrad, jauh sikit kita cover post-grad, masyarakat malaysia setempat, Islamic society ; banyak uruskan program2 tarbiyah ahli, jauh sikit kita adakan program, JV untuk charity,humanitarian etc. 

tu banyak? Malaysia punya luas dia macam semesta alam. (haha sorry i memang nak hiperbola). di oversea, kita kurang santuni  masyarakat setempat; rakan kerja, kawasan kejiranan? tak masuk lapisan masyarakat ; daripada setiap kelas , berbeza latar belakang dan profession, merentas perbezaan kaum dan agama.

awal sampai, bila di offer kerja (dalam konteks dakwah) ; aku nak tahu tu kerja apa, untuk apa, sebab aku baru nak belajar waqi' Malaysia.

jawapan aku terima ; ' lagi cepat masuk lagi cepat faham waqie Malaysia '

fuhh. dia macam kita nak belajar berenang, tapi kita duduk main2 air tepi kolam, menyanyi2 (eh), sampai sudah kita tak akan belajar. kita kena ada enough courage, dare to take the risk, and masuk kolam tu. then only kita akan boleh belajar berenang.

cuma, kalau kita tak aware kolam tu dalam dia berapa kaki, dan kita tak ada cikgu mengajar berenang tambah pulak tak reti nak belajar sendiri, tak cukup persiapan ; we will end up lemas! 

itulah analogi dari kaca mata aku yang kerdil ni tentang realiti dakwah di Malaysia.

suatu hari aku dijemput hadiri meeting penyelarasan tugas satu relung dakwah; tujuannya untuk ganti dan faham dan cover orang kuat program yang akan pergi ke haji tahun ni. clueless memang ya, dan tersenyap pun ya. wow , ini kerja gila. how on earth ikhwah akhawat ada himmah nak manage event sebesar tu?

imagine ya, nak buat big event without event organiser (maksudnya ikhwah akhawat lah event organiser) yang kalau kita nak mudah kita bayar je event organiser. tapi cost dia RM100K! ini kerja gila. memerhati, dan cuba memahami pun you will learn a lot. selain geleng kepala kuis kaki, eh.

itu satu. disebabkan niat asal aku tadi tu kan nak tengok relung dakwah apa di Malaysa, then aku hadiri satu lagi meeting. Dalam bidang kesihatan, ada ahli jemaah yang dah lama dah fikir (dan buat) untuk membina kemudahan umum, membina keperluan tenaga pakar di Malaysia, membina empayar bertarget keuntungan berbilion ringgit - semua dengan kefahaman dan tujuan dakwah. dan itu kerja gila.

where am i dalam mengerakkan dakwah di Malaysia? no where. insignificant!

tu baru sikit yang dilihat dari tepi, lebih banyak yang tidak diketahui. apa yang lebih menyedihkan dalam tarbiyah ini? mengetahui tanpa mahu beramal- dan itu adalah kesia-siaan.

aku beri contoh ; dahulu, masa aku di tahun 1, aku buat nota dan hadam kulit ke kulit buku usul 20. sampai habis tahun 5 dah berapa kali daurah pasal usul 20 dah dengar.  some akhwat know how obses i was dengan usul 20. sebab dia macam ting!! semua masalah ada jawapan. haha. then bila balik malaysia, amalnya bukan semudah : usul 6 dalam usul 20 tu apa? tu masih teori. tapi jawapan akan berhasil dengan kita hadapi realiti dakwah, hadapi masalah dalam masyarakat then you know dari mana kita menyelesaikannya- hasil dari kefahaman usul 20.

tu (baru) satu contoh. 
terlalu banyak kefaham fikrah yang perlu dibumikan.. (bukan dikebumikan)

astaghfirullah. masih terlalu jauh dan luasnya dakwah ini untuk kita hadapi. selalu aku berniat, dan bersyukur berada dalam jamaah yang punya banyak relung dakwahnya. untuk melihat dan menganalisis kekurangan, yes seluas mata memandang kita boleh jumpa (another hiperbole, sorry :P) cuma, kalau bukan pun aku yang melaksanakannya mampu mengubah apa-apa, dapat pahala beramal jamaie pun more than enough.huhu.

sebesar apa perancangannya, sebesar itulah cabarannya. (& persiapannya)

at one point, aku ada kesangsian tentang ke mana fokus kita dalam dakwah. bersediakah kita?
di satu hari yang lain konflik tentang persiapan diri sendiri , tarbiyah-wise; bagaimana kualiti kader kita (diri sendiri lah) - evergreen topik
relevankah usrah kita ni? di saat masyarakat berkecamuk, institusi keluarga berterabur?

dan paling dekat ; ke mana binaan kita dari oversea? mampukah mengisi keperluan realiti di Malaysia.

dan, jangan cakap pasal penat please, realitinya memang lah penat  -.-

Allahu, la hawla wa la quwwata illa billah
tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah s.w.t

banyak sangat persoalan yang aku sendiri sedang mencari jawapannya....

O Allah guide us all.

No comments: